KHASIAT ISTIMEWA BAWANG MERAH




Bawang merah menjadi antara perencah makanan yang utama dan memainkan peranan utama sebagai penyedap makanan dalam hampir semua masakan melayu.

Menurut sejarah, bawang merah merupakan tanaman tertua dalam salasilah budaya tanaman. Daripada catatan Yunani kuno, terbukti bahwa sejak 4000 tahun silam bawang merah telah disebut-sebut. Pada perkembangan selanjutnya bawang merah merebak kekawasan Eropah Barat, Eropah Timur, Spanyol, Amerika Serikat, kemudian ketimur jauh dan Asia selatan, dan akhirnya sampai kebumi Nusantara ini.

Bawang merah boleh tumbuh didataran rendah atau ketinggian sekitar 30 meter diatas permukaan laut, suhu udara untuk tanaman bawang merah adalah 25-30 darjah Celcius, kelembapan sederhana dan cukup sinaran matahari.



video




TELEFON BIMBIT PUNCA KEMALANGAN JALANRAYA.


Seringkali kejadian kemalangan hari ini dikaitkan dengan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Tidak dapat dinafikan kebanyakan kemalangan yang berlaku di negara kita berpunca dari talifon bimbit.

Teknologi telefon bimbit telah banyak mengubah kehidupan kita dengan kewujudan pelbagai aplikasi seperti WhatsApp dan mesej multimedia. Fungsinya tidak sama lagi seperti telefon biasa menjadi telefon biasa sebaliknya telah menjadi telefon pintar dengan pelbagai kemudahan.

Hal itu juga mengubah soal keselamatan jalan raya dan menjadi cukup berbahaya apabila kita menggunakannya untuk melayari laman sosial, mengambil gambar, atau mencari lokasi ketika sedang memandu mahupun menunggang motosikal.

Ia bukan sahaja bahaya kepada diri pemandu tersebut bahkan kepada pengguna jalanraya yang lain.

Kajian dari negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Sweeden dan Jepun mendapati mereka yang menggunakan telefon bimbit sama seperti memandu dalam keadaan mabuk dan berhadapan dengan risiko kemalangan empat hingga lima kali ganda berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Kajian menunjukkan sekiranya seorang yang mabuk dengan tahap alkohol dalam darah 0.08 peratus mereka berhadapan dengan peningkatan kemalangan empat kali ganda. Risiko yang sama akan berlaku sekiranya seseorang bercakap di telefon dan ia akan meningkat sehingga lapan kali ganda sekiranya mereka menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS).

Peningkatan risiko kemalangan bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit terjadi pada satu atau lima minit sebelum kemalangan dan penurunannya hanya akan hilang selepas 15 minit pemandu tersebut tidak menggunakan telefon bimbit.

Biasanya di Ibukota Kuala Lumpur, ketika keadaan jalanraya sesak dengan kenderaan penggunaan telefon bimbit boleh mengundang kesesakan yang teruk. Ini berlaku apabila kenderaan tidak mengikut haluan yang betul atau memasuki lorong ditengah garisan putih. Keadaan ini akan meyukarkan kenderaan kecil seperti motorsikal untuk bergerak.

Sudah menjadi pandangan biasa ketika di jalan raya kini, melihat penunggang motosikal berbual menggunakan telefon bimbit. Sambil menyelitkan telefon di dalam topi keledar, tanpa rasa bersalah berbual dalam nada suara yang tinggi hingga boleh didengar oleh pengguna jalan raya lain.

Sementara itu bagi yang memandu, telefon bimbit sentiasa ada di sisi, dicelah tempat duduk, di poket baju dan seluar. Tanpa menggunakan kit bebas tangan 'hand free' ketika berbual ada juga yang membalas Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau membaca SMS.
Pelbagai aplikasi terkini yang terdapat dalam telefon bimbit termasuk memuat turun lagu, menulis blog, melayari internet dan berinteraksi melalui laman sosial facebook menyebabkan keghairahan untuk menggunakannya semakin tinggi malah menjadi satu budaya di kalangan ramai pemandu dan penunggang motosikal.

Tanpa disedari budaya tersebut umpama bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa untuk meragut nyawa pemandu dan penumpang kenderaan malah pengguna jalan raya yang lain.

BERSOPANLAH KETIKA MEMANDU, JANGAN SAMPAI ANDA MENJADI PEMBUNUH TANPA ANDA SEDARI.

MENYAMAR JADI POLIS



Dua lelaki menyamar jadi polis berjaya di tangkap yang berlaku di bawah bukit DBKU berdekatan kedai Ketumbar Kafe, Jalan Semariang Kuching.

Dua lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh orang awam yang sedang makan di kedai Ketumbar Kafe yang ingin menyamun sebuah rumah dengan menyamar sebagai polis.

Suspek dihantar ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

Kejadian pada Isnin 20 Feb 2017

Sumber - Info Sarawak

KISAH MENYENTUH HATI..



Seorang ayah telah membawa pulang sekilo daging dan setengah kilo HATI lembu ke rumah. Bila sampai sahaja, si ayah terus berikan daging dan HATI kepada isterinya. Kebetulan ketika itu ada anak mereka yang darjah satu melihat apa yang bapanya beri kepada ibu. Si isteri terus potong-potong daging untuk dimasak gulai, sedangkan HATI disimpan dalam peti ais.

Anaknya yang memerhati sahaja HATI tu disimpan tadi, terus sahaja dia membuka peti ais dan MENYENTUHnya. Kemudian anak itu keluar bermain dan datang kembali buka peti dan MENYENTUH lagi HATI itu. Perbuatan anak yg dilakukan secara berulang kali telah menimbulkan kemarahan ibunya. Selepas dimarahi si ibu, akhirnya anak itu tidak lagi MENYENTUH HATI lembu itu.

Demikianlah kisah MENYENTUH HATI.

selamat malam semua...

BIMBING & DISPLIN, SEKAT KELUAR MALAM AKAN BUAT REMAJA MEMBERONTAK - PAKAR



Larangan untuk remaja keluar rumah pada waktu malam hanya akan membuatkan anak muda berasa lebih tercabar kerana pada usia itu sikap memberontak dalam diri remaja amat kuat, kata seorang pakar.

Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata, pada usia bawah 18 tahun, remaja sedang dalam proses mencari identiti selain didorong perasaan ingin ‘membuktikan diri siapa lebih hebat’ dengan rakan-rakan seusianya.

Katanya, pendekatan mendidik dan bimbingan daripada ibu bapa amat penting pada peringkat umur itu, termasuk dengan memberi kebebasan yang bersesuaian, boleh mengelak unsur memberontak di kalangan remaja.

“Tujuan kebebasan itu adalah untuk menjadikan anak-anak seimbang dari segi sahsiah diri dan akademik. Naluri remaja ini kalau kita tahan, lagi tinggi keinginan mereka.

“Sekiranya ada halangan atau peraturan ketika usia bawah 18 tahun, remaja sedang mencari identiti dan sepatutnya ibu bapa cari saluran betul untuk membantu mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed supaya kerajaan negeri mengeluarkan arahan melarang remaja bawah umur berada di kawasan bandar raya, jalan raya dan lokasi tertentu pada lewat malam.

Ia berikutan kemalangan maut melibatkan lapan remaja lelaki apabila basikal mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, awal pagi Sabtu lalu.

Dr Mariani juga mengingatkan berkata ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah yang dapat memberi peluang untuk melakukan aktiviti dan mencegah terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat.

“Apabila aktiviti di sekolah dapat dilakukan, maka mereka boleh dielakkan daripada terjebak kerana masa terluang itu dipenuhi dengan aktiviti dalam sekolah dan di rumah,” katanya.
Bagi Pensyarah Jabatan Tilawah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Zaid Muhammad Mohd Rais, ibu bapa perlu bijak bermain psikologi dalam mendidik anak seperti mengenal pasti kecenderungan dan kebolehan mereka.

“Sebagai contoh, jika anak itu minat dengan sukan, ibu bapa harus turut serta dan melayan minat mereka supaya dapat memotivasikan anak-anak untuk sentiasa meluangkan masa bersama keluarga,” katanya.

Katanya, ibu bapa tidak seharusnya menjadikan isu sosio-ekonomi sebagai alasan untuk mereka mengabaikan tanggungjawab mendidik anak dengan ajaran agama yang secukupnya.

“Ibu bapa perlu sentiasa bersama dan melakukan aktiviti dengan anak-anak serta melayan minat mereka tanpa membelakangkan agama seperti menonton televisyen bersama di rumah.

Presiden Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia, Prof Dr Fatimah Daud pula menyifatkan ibu bapa sebagai kunci utama dalam memberikan bimbingan dan pengawasan bagi memastikan anak-anak mematuhi disiplin dalam keluarga.

Katanya, ibu bapa perlu ada rasa was-was dan sentiasa mengawasi anak-anak mereka bagi membolehkan mereka memberi amaran sekiranya anak-anak melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat termasuk keluar rumah pada waktu malam,” katanya. – Bernama



Sejarah Hari Ini - 22 Februari 1992, AL FATIHAH… PERGINYA BINTANG BERNAMA SUDIRMAN



Pada hari ini dalam tahun 1992, penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad meninggal dunia awal pagi di rumah kakaknya Datin Hajah Rodziah Haji Arshad di Bangsar, Kuala Lunmpur akibat penyakit radang paru-paru.

Allahyarham dibawa pulang untuk disemadikan di kampung halaman di Temerloh, Pahang dan dikebumikan di tanah perkuburan Chengal, Kampung Tok Embun, Jalan Mentakab, Temerloh.

Sudirman Haji Arshad, anak ke 7 daripada 9 adik-beradik dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang.

Allahyarham Sudirman mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temerloh dan menyambung pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dan Sekolah Menengah Abu Bakar Kuantan sehingga tamat Tingkatan 6.
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya dan meraih Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1980 dan di iktiraf sebagai peguam pada tahun 1984.

Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM di peringkat akhir pada tahun 1976.

Kemuncak kepada kariernya sebagai penyanyi ialah apabila beliau berjaya memenangi anugerah Penghibur Nombor Satu Asia pada 19 Mei 1989 di Royal Albert Hall, London.
Selain menyerlah sebagai seorang penghibur, Allahyarham juga merupakan seorang usahawan, jurnalis, penulis, penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, kartunis dan pelakon.

Sumber - Arkib Negara

REAKSI BALAS MENTERI PENDIDIKAN BERHUBUNG TRAGEDI 8 REMAJA BERBASIKAL YANG MAUT BARU-BARU INI


Semua pihak berkepentingan perlu mencari jalan dan pendekatan berkaitan aktiviti di luar waktu sekolah yang boleh dimanfaatkan pelajar, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ibu bapa, guru, polis, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan alumni sekolah yang bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan pendidikan perlu duduk semeja bagi membincangkan perkara itu dan cari jalan penyelesaian.

"Semua pihak yang mempunyai kepentingan dengan remaja (pelajar) perlu bermuafakat mencari apa juga pilihan atau alternatif berkaitan dengan aktiviti (yang bermanfaat untuk pelajar) di luar waktu sekolah," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) ke-26 di Seremban, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tragedi lapan remaja berusia 13 hingga 16 tahun yang menunggang basikal, maut selepas dirempuh sebuah kereta di Johor Bahru dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Sabtu lepas.

"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan siapa yang perlu bertanggungjawab (berhubung tragedi itu)... mungkin kita boleh beri kaunseling atau khidmat nasihat yang lebih baik untuk anak-anak remaja ini. Peristiwa ini telah berlaku dan ia amat menyedihkan sekali," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan hanya bertanggungjawab ke atas pelajar pada waktu sesi persekolahan sahaja, dan yang menjadi masalah adalah di luar waktu sekolah yang mungkin mereka terlibat dalam aktiviti tidak sihat dan membahayakan diri.
Mengenai program hari ini, Mahdzir berkata inisiatif itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar kurang cemerlang akademik untuk meneruskan pengajian dalam pendidikan teknik, vokasional dan latihan (TVET).

Katanya mereka boleh mengikuti kursus-kursus kemahiran jangka pendek (tiga hingga enam bulan) yang ditawarkan oleh Yayasan Negeri masing-masing dan mereka yang telah menamatkan pengajian akan mendapat sijil dan ditawarkan pekerjaan. - Bernama

Sejarah Hari Ini - 22 Februari 1992


AL FATIHAH… PERGINYA BINTANG BERNAMA SUDIRMAN

Pada hari ini dalam tahun 1992, penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad meninggal dunia awal pagi di rumah kakaknya Datin Hajah Rodziah Haji Arshad di Bangsar, Kuala Lunmpur akibat penyakit radang paru-paru.

Allahyarham dibawa pulang untuk disemadikan di kampung halaman di Temerloh, Pahang dan dikebumikan di tanah perkuburan Chengal, Kampung Tok Embun, Jalan Mentakab, Temerloh.
Sudirman Haji Arshad, anak ke 7 daripada 9 adik-beradik dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang.

Allahyarham Sudirman mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temerloh dan menyambung pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dan Sekolah Menengah Abu Bakar Kuantan sehingga tamat Tingkatan 6.

Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya dan meraih Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1980 dan di iktiraf sebagai peguam pada tahun 1984.

Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM di peringkat akhir pada tahun 1976.

Kemuncak kepada kariernya sebagai penyanyi ialah apabila beliau berjaya memenangi anugerah Penghibur Nombor Satu Asia pada 19 Mei 1989 di Royal Albert Hall, London.

Selain menyerlah sebagai seorang penghibur, Allahyarham juga merupakan seorang usahawan, jurnalis, penulis, penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, kartunis dan pelakon.
Sumber - Arkib Negara

Sejarah Hari Ini – 21 Februari 1976


Pada hari ini dalam tahun 1976 Bandar Baru Subang Jaya telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj.

HINDRAF PERTUBUHAN HARAM PELAMPAU !


Melampau, biadap dan mengancam keselamatan negara ! Pertubuhan Hindraf sekali lagi cuba menaikkan darah umat Islam terutama di Malaysia apabila membuat tuduhan melampau terhadap penceramah terkenal, Dr Zakir Naik sebagai pengganas dan gesa tindakan AS ke atas beliau. Bahkan, meminta campur tangan AS ke atas Malaysia dalam kes ini agar Dr Zakir dibawa ke AS untuk didakwa.

Sejarah Hari Ini – 20 Februari 1956


Pada hari ini dalam tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan dan juga Yang Dipertua Agong UMNO mengumumkan Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.

Sejarah Hari Ini – 19 Februari 1983


Pada hari ini dalam tahun 1983, Kempen Anti Dadah Peringkat Kebangsaan dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad bertempat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Sejarah Hari Ini – 18 Februari 1948


Pada hari ini dalam tahun 1948, Satu Persidangan Raja-raja Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Dewan Majlis Perundangan Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sejarah Hari Ini – 17 Februari 1968


Pada hari ini dalam tahun 1968, Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra telah merasmikan pembukaan Pusat Penyiaran Malaysia yang telah diberi nama "Angkasapuri".

Perokok di Malaysia


Menurut laporan kajiselidik yang dilakukan oleh Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2015, seramai 22.8 peratus atau 5.0 juta rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas adalah perokok yang kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki.

Sejarah Hari Ini - 16 Februari 2004


SESI PERTAMA PLKN

Pada hari ini dalam tahun 2004, seramai 26,000 orang peserta kumpulan pertama mula menjalani latihan Program Khidmat Negara (PKN) selama tiga bulan di 41 buah kem di seluruh negara.

Sejarah Hari Ini – 15 Februari 1942


Pada hari ini dalam tahun 1942, Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya ditawan oleh tentera Jepun di bawah pimpinan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Kejayaan yang dicapai adalah berikutan daripada penawanan Kolam Air di tengah-tengah Pulau Singapura.

Pegawai Pemerintah Inggeris iaitu Jeneral Percival telah menyerah diri kepada pihak Jepun tanpa syarat. Serangan yang telah dilancarkan oleh tentera Jepun ke atas Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 di Kota Bharu, Kelantan dan peperangan itu adalah serentak dengan negara-negara lain seperti Hawai, Hong Kong dan Filipina.

Kegagalan dalam perundingan di antara Jepun dan Amerika Syarikat di Washington pada tahun 1941 adalah merupakan punca yang membawa kepada tercetusnya peperangan.

Wakil Kerajaan Jepun dalam perundingan itu ialah seorang Duta Khas iaitu Saburu Karusu.
Adalah ditafsirkan seramai 150 ribu orang tentera Jepun telah digunakan dalam serangan ke atas Tanah Melayu yang meliputi kira-kira lima ketumbukan dan dua pasukan kereta kebal serta Pasukan Kawalan Diraja iaitu angkatan perang Jepun di negeri China.

Ini adalah satu angkatan perang yang cukup kuat dan besar mengikut perancangan yang diatur dengan teliti demi memperolehi kemenangan. Antara sebab-sebab lain yang membawa kepada kejayaan tentera Jepun di Tanah Melayu ialah :-

- Pihak Inggeris di Tanah Melayu tidak bersiap sedia dari segi ketenteraan untuk menghadapi peperangan. Di samping itu Angkatan Tentera Udara dan Laut Inggeris tidak dapat memberi perkhidmatan yang baik dibandingkan dengan Jepun yang menggunakan alat kelengkapan serta senjata yang lebih baik.

- Tentera Jepun mempunyai semangat keperwiraan dan pengalaman yang luas dalam menghadapi kesukaran peperangan. Manakala pertahanan Inggeris pula adalah lemah disebabkan kekurangan pengalaman dan latihan terutama dalam peperangan di hutan rimba seperti di Tanah Melayu.

- Pihak Jepun telah menyebarkan dakyah anti Inggeris kepada askar India di Tanah Melayu dalam perjuangan bangsanya merebut kemerdekaan di India. Kesannya tentera Jepun dapat mara tanpa halangan yang besar ke Tanah Melayu.

Dengan kejayaan tentera Jepun menawan Persekutuan Tanah Melayu pada hari ini dalam tahun 1942 maka berakhirlah kuasa pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu buat seketika. Langkah pertama yang diambil oleh Jepun setelah berkuasa ialah menyusun semula dasar pentadbiran negeri, diantaranya ialah melucut jawatan dan menahan kesemua Pegawai Pentadbir Inggeris atau menghantarnya ke Siam untuk bekerja membina jalan keretapi maut.

PALESTIN MENANGIS...





video


"...Saya teringat kepada Ibu saya. Selama ini, dia yang sentiasa menyikat rambut saya dan membawa saya menghadiri keraian agar saya boleh bermain dengan kawan-kawan. Namun, saat ini saya telah kehilangan ibu, tiada siapa lagi yang menyikat rambut dan membawa saya bertemu dengan kawan-kawan...."

#PrayForGaza #Palestine #Palestin #Gaza #SelamatkanPalestin 

Sejarah Hari Ini - 11 Februari 1955


Pada hari ini dalam tahun 1955, Taman Templer, yang telah dibuka pada bulan Mei 1954 oleh Sir Gerald Templer telah diisytihar oleh Kerajaan Negeri Selangor terletak di bawah Warta Kerajaan no. 104, kawalan dan pemeliharaan alam semulajadi.

Sejarah Hari Ini - 10 Februari 1995


Pada hari ini dalam tahun 1995, Bank Negara Malaysia mula mengedarkan wang kertas RM5 yang ditandatangani oleh Gabenor keempatnya, Ahmad Mohd Don.

AMALAN PEMBERIAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU KEHORMAT DI MAJLIS KPM PERLU DIHENTIKAN


Bagi meminimumkan perbelanjaan kerajaan, Mesyuarat Ketua Setiausaha Negara / Ketua Pengarah dan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan untuk menghentikan amalan pemberian cenderahati kepada tetamu kehormat semasa perasmian majlis di Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUALA LUMPUR MILIK WARGA ASING ?


Saban tahun, setiap kali ada cuti perayaan ibu kota Kuala Lumpur akan dibanjiri dengan warga asing yangberkumpul di beberapa lokasi tumpuan. Ramai rakyat terutama pelancong tidak selesa dengan keadaan ini, tapi apakan daya inilah realitinya hari ini.

SELAMAT HARI KESELAMATAN SIBER SEDUNIA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat Malaysia untuk lebih teliti dalam menyebarkan maklumat daripada internet kerana kesalinghubungan adalah komponen paling penting untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.

Sejarah Hari Ini - 8 Februari 1966


Pada hari ini dalam tahun 1966, Tugu Peringatan Negara, di Bukit Perwira telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.

Pencalonan bagi Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2017


Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan Tahun 2017 adalah anugerah peringkat kebangsaan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada guru sekolah. Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai seorang pendidik yang menunjukkan pencapaian istimewa dalam bidang keguruan.