PENCARIAN MH370 DI LOKASI TERAKHIR ?



Bolehkah MH370 ditemui ? Itulah antara persoalan yang menjadi mainan dalam minda setiap peduduk dunia. Namun bagi Paul Kennedy, orang yang bertanggungjawab mengetuai pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370  percaya pesawat itu boleh dan akan ditemui. Menurut beliau dia akan dengan segera melancarkan operasi baru menjelajah ke kawasan baru yang pada anggapannya "Besar kemungkinan" untuk menemui pesawat misteri tersebut. 

MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 orang termasuk anak kapal. Transponder radar kemudiannya dimatikan dan komunikasi radio terpotong selepas 40 minit penerbangan. Radar utama secara automatik mengesan pesawat tersebut berpatah balik ke Malaysia kemudiannya menuju ke Laut Andaman dan seterusnya menuju ke selatan. 

Walaupun Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat  pesawat yang hilang kerana ia telah didaftarkan di Malaysia, namun Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengetuai pencarian di dasar laut dengan kos yang dikongsi antara tiga kerajaan Malaysia, China dan Australia.

Isnin lepas, Komisioner Biro Ke­selamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Greg Hood berkata ia adalah "kemungkinan besar" bangkai pesawat yang hilang itu berada di kawasan 25,000sq km yang baru dikenal pasti sejak bulan lepas oleh panel pakar antarabangsa. 

Menurut laporan Hood lagi, terdapat kemungkinan besar bahawa kawasan yang diperhalusi oleh pakar antarabangsa merupakan lokasi di mana pesawat itu bersemadi, namun ia bukanlah satu tempat yang boleh disahkan kesahihannya. Apa pun sebarang keputusan akan ditentukan oleh kerajaan. 

Bulan lalu, ATSB melaporkan pesawat yang malang itu ber­ada sekitar kawasan 25,000 kaki persegi ke utara zon pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Julai lalu, Malaysia, Australia dan China bersetuju menangguhkan pencarian pesawat ber­kenaan sekiranya ia tidak ditemui atau tiada bukti baharu yang dapat menentukan lokasi sebenar MH370.

Dalam pada itu Menteri Pengangkutan, Datuk Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, satu pasukan khas tindak balas yang akan diketuai Jabatan Awam (DCA) akan ditubuhkan bagi mengendalikan semua perkara berkaitan MH370 selepas misi pencarian pesawat tersebut digantung. 

Menurutnya lagi segala maklumat termasuk penemuan serpihan pesawat akan diteliti oleh pasukan berkenaan dibantu dengan komitmen berterusan daripada Australia dan China. 

Malaysia akan terus berpegang dengan setiap maklumat yang telah diperolehi agar membawa kepada bukti yang lebih jelas dan dipercayai. Maklumat ini sangat penting bagi mendapat petunjuk yang lebih tepat di mana lokasi sebenar bangkai pesawat tersebut. 

“Apa yang penting semua keputusan berkaitan MH370 sudah dilakukan dan akan sentiasa berada dalam semangat kerjasama tiga negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook (FB) milik beliau dari Perth, Australia, semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan Liow sempena majlis menyambut ketibaan kapal terbabit misi pencarian MH370, Furgo Equator di Kompleks Marin Australia di Pelabuhan Henderson, Perth, Australia.

Mohammad Firdaus Hasnel 
Pemuda Selempang Merah

SIAPA BAKAL PRESIDEN FAM ?




Kemelut perebutan kerusi Presiden FAM semakin panas. Masing-masing mempunyai visi dan misi bagi meningkatkan mutu bolasepak negara. Walaupun ramai peminat memberi reaksi positif, namun bagi sesetengah orang lama dalam arena bolasepak tanahair mereka melihat suasana ini bukanlah satu suasana yang diinginkan.

Arena bolasepak negera bakal melihat empat tokoh mengisi kerusi Presiden FAM. FAM telah menerima empat pencalonan bagi jawatan presiden diketuai Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa serta Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau tidak cenderung kepada mana-mana individu yang telah dicalonkan untuk jawatan itu kerana yang penting baginya adalah masa depan bola sepak negara.

Menurut beliau, dia tidak pilih samada calon A atau B, "saya tidak favour mana-mana calon. Yang penting, FAM kena buat perubahan drastik, boleh bawa bola sepak kita ke tahap yang tidak memalukan seperti pada masa ini
.
“Seluruh rakyat Malaysia malu dengan ranking skuad kebangsaan di tempat ke-168 dunia, lebih teruk daripada Bhutan. Kita mahu Presiden FAM nanti boleh membawa kita keluar daripada aib ini, tegas beliau lagi. 

Lain pula dengan tokoh bola sepak negara Datuk Peter Velappan, beliau menyifatkan tiada seorang pun daripada individu yang mendapat pencalonan bagi merebut kerusi No. 1 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) layak untuk bertanding.

Beliau yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berkata, FAM sepatutnya ditadbir golongan yang bukan terdiri daripada ahli politik dan kerabat diraja, selain turut mempersoalkan apakah tujuan mereka untuk memimpin badan induk tersebut. Bagi beliau, FAM ini perlu berubah dan mahukan golongan profesional yang faham tentang bolasepak berada di kerusi tersebut. 



Semalam, Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan jelas bahawa beliau tidak akan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin turut mahu mengisi kekosongan kerusi No. 1 badan induk negara itu. 

Manakala Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pula berkata beliau akan menarik diri sekiranya Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk mengisi kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan beliau yakin dua lagi yang dicalonkan untuk jawatan itu akan turut berbuat demikian.

Katanya, matlamat utama mencari presiden baharu bukan untuk memenuhi kepentingan peribadi sebaliknya mencari siapa yang mampu menyatukan semua pihak dan memajukan sukan bola sepak negara, dan beliau melihat Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail adalah calon paling tepat untuk melakukannya.

Nampak gayanya ramai yakin dengan kebolehan dan kemampuan Tunku Mahkota Johor. Mungkin keyakinan ini berasaskan kejayaan beliau menguruskan pasukan JDT sehingga menjadi satu pasukan bolasepak yang di geruni di dalam negara dan Asia. 

Sama-sama kita nantikan siapa yang bakal menduduki kerusi no 1 bolasepak negara.  



ELVIS PRESLEY, IKON MUZIK DUNIA


SIFAT RENDAH DIRI, RAMAH TAMAH, MENGHORMATI WANITA DAN MELAYAN ORANG SUSAH SEBAGAI SAHABAT merupakan ciri-ciri diri seorang ikon muzik Rock and Roll terkenal dunia, Elvis Presley.

Abraham Lincoln - Presiden AS yang dibunuh



Abraham Lincoln, Presiden Amerika yang ke 16. Seorang yang kuat penentang perhambaan. Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat pertama dibunuh kerana menentang perhambaan.

Beliau memainkan peranan penting dalam pengurusan pihak Union (Kesatuan) semasa Perang Saudara di Amerika.

Banjir di Sarawak : Sekolah di arah tutup, jejas 1,079 murid


Kawasan yang terlibat adalah di sekitar Bintulu dan Miri manakala sekolah-sekolah yang terlibat ialah :

BRT KL - KLANG BAKAL BUKA LEMBARAN BARU LEBUHRAYA PERSEKUTUAN


Kuala Lumpur - Klang merupakan laluan paling utama dan sibuk di Lembah Klang ini. Pelbagai perancangan yang telah kerajaan laksanakan bagi mengurangkan kesesakan di laluan ini. Namun kesakan masih lagi berlaku terutama diwaktu puncak.

Sejarah hari ini - 26 Januari 1967


Pada hari ini dalam tahun 1967, satu perjanjian mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan telah ditandatangani di antara Ketua Pengarah Pelajaran, Tuan Haji Hamdan bin Sheikh Tahir
yang mewakili Kerajaan Malaysia dengan wakil Kerajaan Indonesia iaitu Prof. Dr. Soemantri Hadjoprakoso.

Sejarah hari ini - 25 Januari 1970


Pada hari ini dalam tahun 1970, Kerajaan Malaysia dan Singapura telah membuat pengumuman bersama bahawa demi kepentingan kedua-dua buah negara, perlulah ditubuhkan dua buah
syarikat penerbangan yang berasingan.

Sejarah hari ini - 24 Januari 1984


Pada hari ini dalam tahun 1984, kursus diploma dengan muzik bermula di Institut Teknologi MARA.

Seramai 19 orang pelajar telah diterima untuk mengikuti kursus tersebut sebagai permulaan. Kursus empat tahun ini diadakan bertujuan menyediakan ahli-ahli muzik bumiputera bagi memenuhi permintaan yang bertambah dalam bidang ini. Ia dikendalikan oleh tujuh orang pensyarah muzik.

Sejarah hari ini - 23 Januari 1971


Pada hari ini dalam tahun 1971, Perdana Menteri YAB Tun Abdul Razak bin Hussein telah mengumumkan strategi-strategi Dasar Ekonomi Baru. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh beliau dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung UMNO bertempat di Kuala Lumpur.

HARGA RUMAH MAMPU MILIK DI LEMBAH KLANG TIDAK MESRA RAKYAT


Rumah mampu milik RM600k ??? Apakah semakin gila pemaju di Malaysia ini. Sukar dipercayai rumah mampu milik pada masa ini terutama di Lembah Klang mencecah RM600k. Memang tidak padan dan tidak mungkin mampu dimiliki walaupun bagi rumah kos rendah. Sebenarnya kepada siapa sasaran pemaju untuk rumah yang sebegitu mahal ?

FOREST CITY JB


1. Kontroversi isu Forest City yang menjadi hangat di media maya telah digembar-gemburkan oleh Bloomberg serta dipanjangkan oleh Tun Mahathir dengan menggunakan faktor penggadaian kedaulatan negara yang ditekankan dlm isu ini agar menjadi topik hangat politik negara.

PASAL KAPCAI PUN NAK KECOH


Kecoh, riuh rendah satu KL apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa kemungkinan motor jenis "kapcai"tidak dibenarkan masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Kaedah ini adalah sebagai langkah mengurangkan kadar pelepasan karbon.

Sejarah hari ini - 19 Januari 1989


Plenetarium merupakan sebuah tempat di mana pelajaran dan pengajaran mengenai sains dan alam semesta dapat dijalankan dengan berkesan sekali. Melalui plenetarium juga, orang ramai
dapat melihat kedudukan bintang-bintang dan cakerawala di langit dengan jelas dan tepat.

BEG PLASTIK 20 SEN, SIAPA UNTUNG ?


Sebenar apa masalah dengan 20 sen nii ? Susah sangat ke rakyat Selangor nak kuarkan duit 20 sen ni ? Kata negeri kaya, rakyatnya kaya raya, Menteri Besarnya gaji lebh tinggi dari Perdana Menteri, takkan 20 sen pun nak bising ?

Sejarah Hari Ini - 18 Januari 1963


Pada hari ini dalam tahun 1963, bangunan baru Rumah Sakit bersalin di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

DERA ANAK, APA NAK JADI DENGAN MANUSIA HARI INI !


Memang sukar untuk memahami kenapa seorang ibu tergamak mendera anaknya sampai mati. Di mana sifat keibuan yang dikurniai oleh Allah kepada hambNya. Tergamak sungguh seorang ibu mendera sehingga menyebabkan kematian bayinya. Kes penderaan kanak-kanak ini saban tahun dapat kita dengar media masa dan media cetak.

Sejarah Hari Ini - 17 Januari 1965


Pada hari ini dalam tahun 1965, Persatuan Pembeli Pulau Pinang telah ditubuhkan. Penubuhan Persatuan Pembeli yang pertama seumpama ini di Malaysia adalah hasil daripada satu perjumpaan yang telah diadakan di rumah Persatuan Khek Pulau Pinang.

BUDAK SEKOLAH BUAT HAL, BAPA DENGAN GURU BERGADUH SAMPAI JADI KES POLIS


Hukuman terhadap para pelajar sekolah kini semakin menjadi perbualan terutamanya para ibu bapa yang sukar menerima setiap kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka di sekolah.

CAMERON HIGHLANDS "DISERANG", MKN, ATM DI MANA ?


Penceroboh dan peneroka haram Tanah Cameron Hingland kembali menunjukkan taringnya kembali apabila kembali menjarah tanah yang telah di rampas oleh Majlis Kelsematan Negara (MKN) 2 tahun lalu. Dua tahun lepas MKN merampas kira-kira 2,000 hektar kebun sayur haram di Ca­meron Highlands dari sindiket dan peneroka haram.

KISAH PELAJAR BUAT PROJEK DI SEKOLAH



Perbualan whatsapp yang dipetik sumber dari laman sosial Facebook Baitus Solehah tulisan Muna liza binti Ismail ini membuktikan bahawa gejala sosial di kalangan pelajar sekolah semakin parah.

FOKUS DALAM IMPIAN - #Neelofa


Artis dan perniagaan seakan-akan sudah tidak dapat dipisahkan. Hari ini ramai daripada kalangan artis terlibat secara serius dalam dunia perniagaan, tidak seperti pada tahun awal 70an dan 80an dahulu. Artis pada zaman itu hanya bergantung harap kepada lakonan dan nyanyian mereka sahaja.

Sejarah Hari Ini - 12 Jan 1946


Pada hari ini dalam tahun 1946, satu perisytiharan mengenai pengawalan memandu kereta-kereta motor bagi negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua
Hal Ehwal Awam, Brigadier A.T. Newboult.

PEGAWAI IMIGRESEN KAUT LEBIH RM 1JUTA


Jika sudah penipu, macam-macam cara dan idea yang ada untuk digunakan untuk merealisasikan hasrat penipuan mereka itu. Namun apakan daya seperti kata pepatah Melayu, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Tok Nan kembali ke rahmatullah



Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Adenan Satem, 72, meninggal dunia kira-kira jam 1.20 petang tadi di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan, Kuching.

Adenan yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 pada 27 Januari ini meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anak.

Semoga roh ditempatkan dikalangan orang beriman.

Al-Fatihah

BERITA BAIK BUAT GURU


Putrajaya, 11 Jan - Mulai tahun ini, guru kelas dan guru akademik biasa hanya perlu menguruskan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS-Offline) bagi mengurangkan beban tugas mereka, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sejarah Hari Ini - 11 Januari 1991


Pada hari ini dalam tahun 1991, satu memorandum perjanjian telah ditandatangani bagi membina dan melancarkan satelit pertama Malaysia di Hotel Pelangi Resort, Langkawi.

BANJIR 2017


Banjir di kawasan pantai timur terutamanya di negeri Kelantan difahamkan semakin pulih. Ia sekaligus membolehkan pasukan penyelamat, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai menjalankan kerja-kerja pembersihan termasuk mengagihkan bekalan makanan.