HANYA KERETA ELEKTRIK ATAS JALANRAYA?

Unknown 11:14

Sekarang ini dunia automotif hanya memikirkan kaedah menjimatkan penggunaan minyak petrol / diesel. Ia berdasarkan pengeluaran bahan mentah itu yang semakin membimbangkan di seluruh dunia.

Justeru itu idea kenderaan hibrid dan elektrik telah diperkenalkan. Sebenarnya ia sudah dimulakan sejak tahun 1901 lagi apabila Ferdinand Porche membangunkan Lohner-Porsche Mixte Hybrid iaitu kereta hibrid elektrik-petrol pertama di dunia.

Kenderaan elektrik-hibrid tidak boleh didapati secara meluas sehingga keluaran Toyota Prius di Jepun pada tahun 1997, diikuti dengan Honda Insight pada tahun 1999.

Biarpun perbincangan mengenai isu ini kurang dihebahkan namun ia tetap menjadi fokus utama pengeluar kenderaan serata dunia.

Terbaharu, pengeluar kereta jenama Volvo yang berpengkalan di Sweden tetapi dimiliki firma dari China mengumumkan hanya mengeluarkan kenderaan hibrid dan elektrik mulai 2019.

Pengumuman itu sekaligus menjadikan syarikat tersebut sebagai pengeluar automatif yang pertama menamatkan pengeluaran kereta dan kenderaan utiliti sukan berasaskan enjin pembakaran dalaman.

Persoalannya, adakah kita sudah bersedia ke arah penggunaan kereta hibrid / elektrik?
Sumber : KL Voice

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »