BENARKAH KITA DIAMBANG PERANG TERAKHIR ?

Unknown 16:22

Serangan pengganas yang telah mengorbankan 36 orang dan lebih 100 cedera dalam insiden letupan bom di dua buah gereja Kristian Koptik di Tanta dan Iskandariah boleh dikatakan satu percubaan untuk menimbulkan ketengangan antara umat Islam dan Kristian.

Walaupun keadaan amat membimbangkan,pemimpin agama Vatican City, Pope Francis yang dijadualkan mengadakan rangka lawatan ke Mesir pada hujung bulan ini meneruskan kunjungan beliau ke negara walaupun selepas pengeboman dua gereja di Iskandariah dan Tanta di utara Kaherah semalam.

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas dua gereja di Tanta dan Alexandria, Mesir.

Beliau berkata, serangan berkenaan merupakan satu lagi peringatan ancaman keganasan dan tindakan menentang kekejaman itu perlu menjadi tekad bersama tanpa menyerah kalah.
Matlamat kumpulan militan Daesh adalah mahu melihat perpecahan dalam masyarakat Islam dan Kristian serta penganut-penganut agama lain, namun semua pihak perlu bersatu dan kekal teguh untuk memerangi ancaman keganasan seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Syria begitu mengejutkan dunia. Serang ini boleh mewujudkan ketegangan baru di Syria.

Serangan ini dikatakan susulan daripada tindak Syria melancar serang bom kimia terhadap penduduk Syria. Walaupun amin tidak bersetuju dengan tindakan Assad, tindakan ketenteraan yang diambil oleh Amerika boleh mencetuskan lebih banyak keganasan dan ia juga bukanlah jalan penyelesaian terbaik kepada konflik.

Dalam serangan bom kimia, se­kurang-kurangnya 100 penduduk awam termasuk 25 kanak-kanak dan 13 wanita maut di bandar ini yang terletak di barat laut wilayah Idlib.

Serangan terhadap bandar ini yang dikuasai oleh kumpulan penentang disifatkan sebagai sera­ngan senjata kimia paling dahsyat sejak tercetusnya perang saudara Syria, enam tahun lalu.

Negara-negara barat dan Rusia mulai bertelagah antara satu sama lain tentang siapakah yang bersalah dalam serangan bom kimia terburuk di Syria.

Pemimpin dunia hari ini nampaknya lebih berminat untuk berperang dari mencari perdamaian, yang menjadi mangsa orang awam terutama kanak-kanak. Peperang ini perlu dihentikan segera sebelum dunia bertambah kucarkacir dan hancur.

Boleh jadi kita kini berada di tengah-tengah ambang Perang Dunia Ketiga, bukan perang menentang pengganas tetapi perang antara pengganas dan yang cintakan keamanan anti-pengganas perikatan. Kedua-dua pihak yakin bahawa mereka berada dipihak yang benar, bahawa bagi mereka memerangi kejahatan.

Sedangkan sebenarnya merekalah pencetus kejahatan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »