Sejarah Hari Ini – ISTIADAT MELETAK BATU ASAS MASJID SHAH ALAM

Unknown 11:52


Pada hari ini dalam tahun 1980, berlangsung istiadat meletak batu asas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.

Istiadat ini dilakukan sendiri oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Masjid Negeri yang akan dibina ini terletak di atas satu kawasan bukit yang lapang meliputi kawasan seluas 30 ekar di sebelah utara pusat bandar Shah Alam.

Bangunan masjid ini dibina lebih tinggi dari dataran bumi dengan ruang untuk memelihara seni bina melayu.

Ruangan bawah bangunan masjid ini akan dijadikan tempat sembahyang dalam keadaan yang memerlukan.

Dewan sembahyang utama dengan keluasan 73,000 kaki persegi dianggarkan boleh menampung seramai 20,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid ini juga mempunyai keunikan tersendiri kerana ia mempunyai kubah garis pusat 170 kaki.
Masjid ini juga mempunyai 4 buah menara dengan ketinggian 460 kaki setiap satu dari tanah.
Dengan ciri ini menjadikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini sebagai masjid yang terbesar di Asia Tenggara dan salah satu yang terbesar di dunia.

Dalam titahnya, Baginda Sultan Selangor menyeru rakyat Selangor supaya menyumbangkan derma kepada pembinaan masjid ini.

Baginda sendiri akan menderma sebulan gaji bagi tujuan pembinaan ini.
Sumber – Arkib Negara

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »