DOKTOR PELATIH GAGAL TAMAT LATIHAN



Malaysia masih lagi memerlukan pertambahan bilangan doktor. Ini kerana faktor peningkatan bila­ngan penduduk serta beban penya­kit dan jangkaan rakyat yang tinggi. Ia bagi memastikan agar Malaysia dapat terus mengekalkan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

Ketika ini negara hanya mempunyai 46,491 doktor dalam sektor awam dan swasta yang bersamaan nisbah seorang doktor bagi setiap 667 penduduk.


Namun apa yang menjadi masalah ketika ini 25 hingga 30 pera­tus doktor pelatih gagal menyempurnakan latihan perubatan dalam tempoh ditetapkan kerana tidak kompeten, sekali gus menyumbang kepada masalah penempatan doktor pelatih yang baharu berikutan mereka yang sedia ada terpaksa menyambung tempoh latihan.


Hampir 5,000 graduan perubatan baru setiap tahun yang memerlukan mereka menjalani latihan. Namun kerana permasalahan ini negara memerlukan pertambahan bila­ngan golongan berke­naan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di negara ini terus kekal sebagai antara terbaik di dunia.

Untuk pengetahuan Malaysia diberi penghargaan sebagai negara yang mempunyai sistem kesihatan terbaik di dunia berbanding 24 negara lain oleh Majalah International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan 2017 menamakan 

“Ini merupakan penghormatan yang diterima Malaysia selama tiga tahun berturut-turut dan kaji selidik Bloomberg pada 2014 juga meletakkan Malaysia dalam kalangan 30 negara di dunia yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan paling cekap.













AFIQ PELAJAR GIGIH, 10A SPM 2016






Berkat belajar dalam suasana penuh kondusif dan persekitaran pusat pendidikan Islam disokong oleh teman, kawan-kawan, guru-guru beliau akhirnya menjadi PELAJAR CEMERLANG.

TAHNIAH adik AFIQ DURRANI AZLI (18) dan, pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Syah Alam Selangor kerana berjaya mendapat 10A dalam SPM. 

Afiq merupakan pelajar OKU yang mempunyai masalah penglihatan mata, beliau yang memperoleh semua A dalam subjek diambilnya berkongsi rahsia kejayaan yang banyak didorong oleh kata-kata semangat daripada ibunya.

Beliau sering ingat pesan ibunya agar dia tidak menjadikan kekurangannya sebagai penghalang untuk berjaya membuatnya bertekad dari awal untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Ummi kata, dulu saya pernah koma dan hampir tak ada harapan untuk pulih, tapi akhirnya ALLAH beri peluang untuk terus hidup walaupun kesannya saya kini tak dapat melihat lagi.


"Saya pegang kata-kata itu, selain selalu masuk ke kelas dan duduk di bahagian depan supaya saya dapat dengar dan faham dengan jelas semua yang diajar oleh guru.

Tahniah juga kepada ibunya, Puan Wan Nurliza Ahmad, Serta Ayahnya Encik Azli Abdul Razak.

KEPUTUSAN SPM 2016 : PELAJAR LUAR BANDAR TUNJUK PENINGKATAN




Jurang yang semakin mengecil antara calon di bandar dengan calon di luar bandar merupakan antara pencapaian dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) bagi calon luar bandar menunjukkan peningkatan 0.08 iaitu 5.36 pada tahun 2016 berbanding 5.44 pada tahun 2015.

Katanya, pencapaian calon di bandar pula meningkat sebanyak 0.05 iaitu 4.89 pada tahun 2016 berbanding 4.94 pada tahun 2015.

“Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar lebih tinggi berbanding calon di bandar,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2016 di sini hari ini.

Beliau memberitahu, secara keseluruhannya, indeks GPN tahun 2016 pada 5.10 adalah jauh lebih baik berbanding 5.15 pada tahun 2015.

“GPN semua mata pelajaran meningkat secara signifikan bermakna prestasi keseluruhan murid telah meningkat walaupun yang mendapat gred tertinggi (semua A) berkurangan,” katanya.

Beliau memberitahu, keputusan SPM 2016 menunjukkan jumlah calon semua subjek A+ adalah 102 calon berbanding 163 calon pada tahun 2015 manakalan calon yang mendapat semua subjek A+, A, A- bagi tahun 2016 adalah 8,647 calon berbanding 9,721 calon pada tahun sebelumnya. - UTUSAN ONLINE



ORANG KAYA TERUS KAYA, YANG MISKIN TERUS MISKIN

*Gambar sekadar hiasan



Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) mendedahkan kewujudan pihak ketiga memborong bilik-bilik hotel sebelum bermulanya acara besar seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA), menyebabkan harganya melambung .

Pengerusinya Zainudin Kadir berkata pihak yang bertindak sebagai broker ini mempunyai dana besar dan menempah awal bilik pada jumlah yang banyak.

"Broker ini membayar 'cash' (tunai) untuk mendapatkan jumlah bilik yang banyak dengan tujuan untuk ditawarkan pada harga lebih tinggi," katanya kepada Bernama.

Pautan : http://www.bernama.com/bernama/…/bm/ge/newsperspectives.php…

OK SEKARANG KITA SEBAGAI PIHAK BERKUASA NAK BUAT APA? ADA PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG? ATAU SEKADAR TENGOK SAJA?


KISAH CIKGU SUFFIAN BUAT ANDA SENTAP


Admin amat tertarik dengan kisah kerjaya seorang guru yang dikongsi salah seorang guru bergelar Cikgu Suffian.


Berkongsi pengalaman buat kali pertama memulakan khidmat sebagai tenaga pengajar, Cikgu Suffian dipilih untuk memulakan khidmatnya di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Sekolah Kebangsaan Long Sepiling yang terletak di daerah kecil Baram, Sarawak Bumi Kenyalang.

Cikgu Suffian menceritakan betapa terpencilnya kawasan persekolahan yang bakal menjadi titik permulaan kerjayanya sebagai seorang pendidik.


Di awal penceritaan, pembaca akan membuat kesimpulan bahawa tiada apa yang menarik dan hendak dibanggakan untuk dikongsi Cikgu Suffian.


“Perjalanan yang sangat lama, jauh, memang memenatkan aku.
“Tapi semua tu hilang bila aku dapat menatap Sekolah pertama aku berkhidmat sebagai Guru, sebagai seorang guru di pedalaman Sarawak, pergi meninggalkan ibu keseorangan jauh beribu-ribu batu, demi mendidik anak bangsa.


“Senyuman guru-guru serta anak murid yang menyambut kedatangan aku sedikit mengubat kerinduan dan kegusaran berada di tempat asing.”


Kata-kata semangat Cikgu Suffian ini terus menyebabkan Admin tersentap.
Kata-kata ini sudah cukup menunjukkan betapa besarnya semangat dan kecekalan Cikgu Suffian dalam mencurahkan ilmu mengatakan batasan kerjaya.


Ianya lahir dari naluri yang ikhlas demi memartabatkan pendidikan negara.


Ikuti kisah penuh Cikgu Suffian di sini : 
http://saffuanjaffar.blogspot.my/2015/02/kisah-aku-guru-baru-di-pendalaman.html

--------
#cikgu #cikgusuffian #kpm #kementerianpendidikanmalaysia Dato' Seri Mahdzir Khalid P.Kamalanathan Kementerian Pendidikan Malaysia

KEMESRAAN GURU DAN MURID-MURID



Tengok manja tak manja anak-anak murid zaman sekarang.. Sampai ketip kuku pun nak kena cikgu potongkan...

Haaa...jadi adik-dik yang lain ingat ye, sebelum ke sekolah pastikan kuku di potong dulu. Bukan apa, kuku tangan yang kotor boleh menyebabkan pelbagai penyakit. 

Mana tau terkena sakit perut kat sekolah, kan sudah menyusah kan guru dan rakan. Tak fasal-fasal kantin pula kena check. 


SEINCI PUN MALAYSIA TAKKAN UNDUR




“Kita berpegang kepada pendirian kita, tidak perlu berganjak. Kalau dia (Korea Utara) mungkin ada pendirian yang lain, tetapi kalau kita berada di landasan yang betul dan benar, apa yang kita nak takutkan?


“Kita berpegang kepada undang-undang negara kita, maruah kita, kedaulatan kita untuk cari kebenaran dan agensi-agensi yang telah dipertanggungjawab untuk mencari keadilan.
“Kalau mereka rasa ini salah, buktikan kepada dunia tetapi inilah yang perlu (pihak berkuasa Malaysia) lakukan berdasarkan kepada kejadian yang berlaku di sini,”


Menteri Pertahanan, 
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

APABILA SINGA BERDEHEM, DUBUK BERLALU KESIPUAN.....




Tidak dapat bersabar dengan sikap "adiknya", China mula menegur sikap bongkak negara rakan baik dna juga jirannya. China yang bimbang de­ngan ketegangan semakin memuncak di semenanjung Korea, mengesa Korea Utara menggantung semua aktiviti nuklear dan peluru berpandunya dan pada masa yang sama meminta latihan perang yang dilakukan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan dihentikan segera.


China mahu kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian di meja rundingan demi mengelakkan sebarang per­tembungan kuasa yang hanya akan memburukkan keadaan.
Senjata nuklear bukan jaminan keselamatan yang terbaik dan menggunakan kuasa tentera juga bukan jalan keluar yang terbaik.


Banyak lagi jalan lain bagi menggekalkan keamanan termasuklah rundingan dan perbincangan antara kedua-dua pihak.

credit : Pemuda Selempang Merah

Lawatan Rasmi Mahdzir Khalid Cipta Sejarah Baharu Pendidikan Negara



Menteri Pendidikan, YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid hari ini berlepas ke Riyadh, Arab Saudi bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Riyadh International Book Fair 2017 atas undangan khas sebagai Negara Tetamu Kehormat oleh Kerajaan Arab Saudi.

Ini meletakkan Malaysia sebagai negara ASEAN pertama diundang selaku Negara Tetamu Kehormat pesta buku tersebut yang akan berlangsung selama 10 hari bermula 8 hingga 17 Mac 2017.

Undangan khas tersebut disampaikan oleh Kementerian Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi kepada Kedutaan Malaysia di Negara itu yang selanjutnya dipanjangkan kepada Kementerian Luar

Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk diselaraskan oleh empat agensi berkaitan, iaitu Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Perbadanan Kota Buku (PKB).

Turut bekerjasama menjayakan misi ini ialah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Tourism Malaysia.

Mengalu-alukan perkara tersebut, satu kenyataan telah dikeluarkan Menteri Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi, Dr. Adel Zaid al-Toraifi yang antara lainnya dipetik menyebut bahawa pemilihan Malaysia sebagai Negara Tetamu Kehormat dibuat sebagai refleksi hubungan erat antara kedua-dua kerajaan, baik membabitkan politik, ekonomi, budaya dan pelancongan.

Selain negara ASEAN pertama, Malaysia adalah negara ke-10 di dunia atau negara Asia ketiga selepas Jepun dan India ditawarkan sebagai Negara Tetamu Kehormat di pesta buku terulung Arab Saudi ini yang merekodkan kehadiran lebih 900 penerbit dan lebih dua juta pengunjung dari 29 buah negara dari seluruh dunia.

Selain ITBM, DBP, MBKM, dan PKB, delegasi Malaysia turut disertai lebih 10 penerbit, antaranya penerbit universiti (melalui Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia [MAPIM]), IBFIM, dan Ana Muslim yang akan mempromosikan buku-buku khususnya dalam genre penerbitan kanak-kanak, kebudayaan, kewangan dan bidang berkaitan Islam.

Sebagai pengisian kepada acara, beberapa tokoh tempatan turut diundang membentangkan kertas kerja berkaitan idea strategik dalam pembangunan seperti modal insan dan ekonomi.

Antaranya termasuklah Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir, pakar ekonomi syariah, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan kartunis nasional, Datuk Muhamad Nor Khalid atau Lat.

Selain itu, Pavilion Malaysia seluas 72 meter persegi akan turut dimeriahkan dengan aktiviti seperti persembahan Zapin dan alunan muzik Ghazal oleh pelajar Sekolah Seni Johor (SSJ).

Turut diselitkan, bacaan puisi dan demonstrasi karya oleh Jaafar Taib, Dr. Siti Zainon Ismail dan Dr. Ramzah Dambul.

Sumber - Kementerian Pendidikan Malaysia

#MenerajuiPerubahan #KementerianPendidikanMalaysia #KPM #Guru #Pelajar #Teacher #Student #Sekolah #School

Sejarah Hari Ini - PERASMIAN LITAR LUMBA FORMULA 1 SEPANG



Pada hari ini dalam tahun 1999, Litar Lumba Formula 1 Sepang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad.

Idea untuk menganjurkan perlumbaan Formula 1 dicetuskan oleh Perdana Menteri pada tahun 1996 dan usaha-usaha untuk menjayakan hasrat tersebut akhirnya membawa kepada pembinaan Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) yang menelan belanja sebanyak RM286 juta.

Siap dibina pada November 1998 dan perlumbaan pertama telah diadakan pada 12 Disember 1998.

Litar sepanjang 5.542 kilometer itu direka khas untuk siri perlumbaan bertaraf dunia khususnya membabitkan Formula 1, Grad Prix Motosikal Dunia serta lain-lain sukan lumba bermotor.

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini meliputi 30,000 tempat duduk berbumbung 100,000 penonton di tempat terbuka serta kemudahan litar dikendalikan oleh komputer sepenuhnya.

Dalam ucapan Perdana Menteri menyatakan bahawa, kejayaan negara membina litar berkenaan adalah satu contoh kemampuan Malaysia menyediakan kemudahan sukan bertaraf dunia.

Dengan kemudahan yang serba lengkap ini telah mendorong Persekutuan Automobil Antarabangsa menganugerahkan hak penganjuran perlumbaan Formula 1 kepada Malaysia dan anugerah itu merupakan satu penghormatan besar kepada negara.

Sumber – Arkib Negara

IBU TAMPAR GURU DIHUKUM PENJARA 6 BULAN


NIBONG TEBAL 8 Mac - Mahkamah Majistret di sini telah menjatuhi hukuman penjara tiga hingga enam bulan ke atas seorang wanita yang menampar guru di sebuah sekolah rendah di Sungai Bakap, dekat sini.

Wanita berusia 36 tahun itu juga didenda RM2,000 kerana kesalahan itu.
Tertuduh, Tan Seow Yen didakwa kerana menampar guru anaknya, L. Vanitha, 38 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Kuang pada kira-kira 5.15 petang, 2 Februari 2015.

Vanitha yang mengajar Bahasa Malaysia telah dipindahkan ke sekolah lain susulan kejadian itu.
Seow Yen didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Majistret Shamshol Azwa Martadza memerintahkan hukuman bermula Rabu.
Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan mewakili pihak pendakwaan, manakala Seow Yen diwakili peguam, Mohd Ismail Mohamed.

Sejarah Hari Ini – ISTIADAT MELETAK BATU ASAS MASJID SHAH ALAM



Pada hari ini dalam tahun 1980, berlangsung istiadat meletak batu asas Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam.

Istiadat ini dilakukan sendiri oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz.

Masjid Negeri yang akan dibina ini terletak di atas satu kawasan bukit yang lapang meliputi kawasan seluas 30 ekar di sebelah utara pusat bandar Shah Alam.

Bangunan masjid ini dibina lebih tinggi dari dataran bumi dengan ruang untuk memelihara seni bina melayu.

Ruangan bawah bangunan masjid ini akan dijadikan tempat sembahyang dalam keadaan yang memerlukan.

Dewan sembahyang utama dengan keluasan 73,000 kaki persegi dianggarkan boleh menampung seramai 20,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid ini juga mempunyai keunikan tersendiri kerana ia mempunyai kubah garis pusat 170 kaki.
Masjid ini juga mempunyai 4 buah menara dengan ketinggian 460 kaki setiap satu dari tanah.
Dengan ciri ini menjadikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini sebagai masjid yang terbesar di Asia Tenggara dan salah satu yang terbesar di dunia.

Dalam titahnya, Baginda Sultan Selangor menyeru rakyat Selangor supaya menyumbangkan derma kepada pembinaan masjid ini.

Baginda sendiri akan menderma sebulan gaji bagi tujuan pembinaan ini.
Sumber – Arkib Negara

HARI INI DALAM SEJARAH : PENYATA PELAJARAN RAZAK DILULUSKAN




Sejarah Hari Ini – 7 Mac 1957

Pada hari ini dalam tahun 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dengan sebulat suara meluluskan Penyata Razak .

Penyata ini adalah bertujuan untuk mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi kehendak mereka dan yang dapat mengalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu di negara ini.


Rang Undang-undang ini diharap akan dapat menghapuskan semua sekatan yang menghalang perpaduan kaum di negara ini dan akan melahirkan satu bangsa yang baru dan bersatu.


Ia juga akan membuka kesempatan yang lebih luas kepada anak-anak untuk mengasah dan melahirkan perpaduan antara kaum yang tulen di negara ini.
Dalam membentangkan Rang Undang-undang Pelajaran ini beberapa cadangan telah dikemukakan.


Di antara cadangan-cadangan tersebut termasuklah:
(i) Membina 5 buah sekolah Teknik yang akan bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan; di Temerloh, Pahang; di Melaka; di Telok Air Tawar, Butterworth; di Rembau, Negeri Sembilan.
(ii) Membina 2 buah sekolah pertukangan di Selangor, sebuah di Teluk Datuk dan sebuah lagi di Tanjung Karang.
(iii) Membina 2 buah Institut Rendah Teknik (Junior Technical Institute) satu di Kuala Lumpur dan satu di Pulau Pinang.
(iv) Sistem melatih guru-guru juga akan disusun semula di bawah Rang Undang-undang ini bagi melahirkan guru-guru yang lebih berdedikasi.


Undang-undang Pelajaran 1957 yang diluluskan hari ini dalam tahun 1957 setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956.
Laporan jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956

Sumber – Arkib Negara

LELAKI MAUT KENA HEMPAP 6 TAN KOLEKSI MAJALAH PORNO




Seorang lelaki kesunyian yang mengumpul lebih enam tan majalah porno mati dihempap majalah berkenaan.

Lebih tragis lagi, mayatnya hanya ditemui enam bulan kemudian apabila tuan rumah memasuki flat berkenaan untuk menuntut wang sewa yang sudah sekian lama tertunggak.
Kejadian di Tokyo, Jepun itu didedahkan oleh seorang pekerja syarikat pembersihan yang diupah untuk membawa keluar majalah porno berkenaan supaya ia tidak diketahui jiran dan juga keluarga lelaki itu bagi menjaga maruah mereka.

Menurut pekerja itu, lelaki terbabit yang hanya dikenali dengan nama Joji, berusia 50 tahun dan pernah berkhidmat dengan sebuah syarikat pembuat kereta. “Dia mati di bawah timbunan majalah porno. Mungkin dia rebah akibat serangan jantung sebelum dihempap majalah itu.

Walaupun masih hidup selepas rebah, jeritannya mungkin tidak boleh didengar kerana dia ditimbus majalah itu. “Setelah dibawa keluar dan ditimbang, berat majalah itu melebihi enam tan,” kata pekerja itu.

SERANG BALAS KOREA UTARA


Seperti yang telah diduga, Korea Utara tidak akan berdiam diri dan kini mula membalas "serangannya" kepada Malaysia apabila mengisytiharkan Duta Besar Malaysia ke negara itu sebagai 'pesona non grata'. Mohamad Nizan Mohamad diarah meninggalkan Pyongyang dalam tempoh 48 jam bermula jam 10 pagi waktu tempatan.

Tindak balas Korea Utara itu telah dilaporkan oleh agensi berita tempatan KCNA. Arahan dikeluarkna sejurus Duta Besar Korea Utara, Kang Chol meninggalkan Malaysia jam 3.55 petang waktu Malaysia.

Apa yang melucukan ialah, Duta Malaysia ke Korea Utara sudah dipanggil pulang oleh kerajaan dan beliau telah berada di Malaysia sebelum perintah itu lagi.

Perkara ini telah disahkan oleh Timbalan Ke­tua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala Kementerian Luar Malaysia, Raja Nushirwan Zainal Abidin. Beliau berkata, tindakan Korea Utara itu sudah dijangka dan tidak mengejutkan.

Kang Chol diarahkan me­ninggalkan Malaysia dalam tempoh 48 jam selepas Malaysia mengambil tindakan tegas de­ngan mengisytiharkan beliau sebagai ‘persona non grata’ (orang yang tidak dihargai) dan mengarahkan pegawai berkenaan me­ninggalkan negara itu.
Keputusan itu diumumkan menerusi satu Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan Besar Korea Utara selepas Kang Chol dan pegawai kanan dari kedutaan itu tidak hadir untuk bertemu Timbalan Ketua Setia­usaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin di Wisma Putra di Putrajaya, Malaysia.

Apa pun tindak Korea Utara, siasatan terhadap pembunuhan Kim Jong-nam pada 13 Februari tetap akan diteruskan dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

CIKGU DIHADAP KE MAHKAMAH KERANA PULAS TELINGA MURID


Mendidik zaman dahulu tidak sama seperti zaman sekanrang. Dahulu murid-muridnya tidak terdedah dengan media sosial yang terlalu terbuka dan tidak terkawal. Yang ada pun ketika itu TV1, TV2, dan TV3. Sekarang macam-macam ada. 

Oleh itu Cikgu kat luar sana berhati-hati ye kalau nak denda anak murid anda, takut kena dakwa ke mahkamah.

Wajarkah?

HUKUM GANTUNG, BUNUH PATI






Dua pegawai Jabatan Imigresen dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh semasa dalam tahanan, tiga tahun lalu.



Mohd. Aminuddin Mohd. Yasin dan Zuhairul Effendy Zulkafli masing-masing berusia 35 tahun dilihat tenang di kandang tertuduh sebaik sahaja P/jaya Kehakiman, Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman.

KEJAM , ZALIM !



Tentera Filipina menemukan mayat tebusan seorang warga Jerman yang dipenggal kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan negara ini, minggu lalu. Kedua-dua kepala dan badan Jurgen Kantner ditemukan semasa tentera melakukan operasi di bandar Indanan, Sulu, semalam.

Jasad Kantner akan disimpan di rumah mayat Hospital Sulu sementara pihak berkuasa menyiapkan dokumen bagi urusan menghantar pulang mayat.

SEJARAH HARI INI – 6 MAC 1964



PEPERIKSAAN MEMASUKI SEKOLAH MENENGAH DIHAPUSKAN

Pada hari ini dalam tahun 1964, Kerajaan mengumumkan penghapusan peperiksaan kelayakan ke Sekolah Menengah.

Kekurangan diri bukan alasan untuk tidak berjaya


Oleh : Nadya Rizal

Keazaman yang tinggi untuk berjaya sama seperti insan normal lain membuatkan seorang pelajar berkerusi roda, Khairunnisaq Khairuddin berjaya memperoleh 4A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016.

MELAYU MEREMPAT





Wahai orang muda, bersedialah untuk hari sakitmu, hari tuamu, hari dimana kau akan tinggal seorang diri atau ditinggalkan seorang diri.

Jangan boros, jangan kikir dan jangan buang masa dengan perkara yang sia-sia.
"Demi masa, sesungguhnya manusia sentiasa berada dalam kerugian"

MOTIVASI : MUDAHKAN URUSAN MANUSIA



Apabila kita  mampu berbuat sesuatu untuk menolong kesulitan orang lain, maka segeralah lakukan, segeralah beri pertolongan. Terlebih lagi bila orang itu telah memintanya kepada kita. 

Karena pertolongan yang kita berikan, akan sangat bermakna bagi orang yang sedang ditimpa kesusahan. Cubalah fikirkan, bagaimana rasanya apabila kita berada di kedudukan orang yang meminta pertolongan pada kita, tentulah mereka sangar berharap akan pertolongan.

 Sesungguhnya Allah SWT sangat mencintai orang yang mau memberikan kebahagiaan kepada orang lain dan menghapuskan kesulitan orang lain.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)











Kekurangan diri bukan alasan untuk tidak berjaya



Oleh : Nadya Rizal 

Keazaman yang tinggi untuk berjaya sama seperti insan normal lain membuatkan seorang pelajar berkerusi roda, Khairunnisaq Khairuddin berjaya memperoleh 4A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016.

Khairunnisaq, 19, yang juga anak kepada seorang pengawal keselamatan berkata, penyakitnya iaitu 'spinal muscular atrophy type 2 (SMA II) with kyphoscoliosis' yang dihidapi sejak lahir itu menyebabkan beliau kerap tidak ke sekolah kerana kesakitan.

"Saya tidak sangka kerana mampu mencapai keputusan cemerlang begini kerana setiap bulan saya pasti mengambil cuti dua atau tiga hari kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan saya bergerak ke sekolah.

"Malah, atas nasihat doktor saya perlu tidur sebelum jam 10 malam dan meminimumkan waktu mengkaji pelajaran di rumah kerana antibodi tidak kuat," katanya ketika ditemui pemberita.

Bagaimanapun katanya, dia tetap bersyukur kerana ketika dirinya hampir berputus asa, dia mempunyai keluarga, guru dan rakan yang berterusan meniupkan semangatnya selain memberi perhatian lebih kepadanya di sekolah.

Dia yang bercita-cita menjadi pakar psikologi memberitahu, tiada resipi luar biasa untuk mencapai kejayaan seperti itu selain daripada memberi tumpuan kepada pelajaran di sekolah terutama semasa guru mengajar.

Pada majlis itu dia turut menerima Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2016 kategori Pelajar Istimewa daripada Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, dan membawa pulang wang tunai RM1,000, sijil dan plak sumbangan Majlis Peperiksaan Malaysia.

Kejayaan Suraya kebanggaan Orang Asli


Oleh : Nadya Rizal


Walaupun pernah ditawarkan melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun Suraya Sepit terpaksa menolaknya dengan berat hati memandangkan kesempitan hidup keluarganya.


Suraya, 20, yang merupakan anak kelapan daripada sembilan adik-beradik kepada pasangan penoreh getah terpaksa memilih memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong, Pahang.


Berkat usaha gigih untuk mengubah hidup, dia bukan sahaja berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan malah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolan Malaysia (STPM) Kategori Orang Asli yang diumumkan hari ini dengan memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.58.


Ditanya resepi kejayaannya, Suraya berkata, dalam menuntut ilmu, dia lebih selesa belajar secara berkumpulan bersama rakan-rakan lain. Beliau juga tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri kelas tambahan yang disediakan secara percuma oleh pihak sekolah.


Menurutnya lagi, kejayaan yang dicapainya atas bantuan dan dorongan daripada semua pihak terutama ibu bapa yang menjadi pendorong selama ini selain guru dan rakan-rakan.


Dengan kejayaan tersebut, Suraya akan memohon untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan di Universiti Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak

HARI INI DALAM SEJARAH – 3 MAC 1971 PENUBUHAN JAWATANKUASA MENGKAJI MATLAMAT-MATLAMAT LATIHAN PERGURUAN


Pada hari ini dalam tahun 1971, Kementerian Pelajaran menubuhkan Satu Jawatankuasa Mengkaji Matlamat-matlamat Latihan Perguruan.


Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan mengkaji serta memperbaiki perkembangan sistem pendidikan dan pelajaran di negara ini.


Di samping mewujudkan perpaduan melalui pendidikan.
Beberapa perkara telah diatur bagi menjayakan tugas dan tanggungjawab jawatankuasa ini iaitu:

1. Mengadakan pemilihan calon untuk latihan perguruan dengan teliti dan bijaksana;
2. Memberi latihan ikhtisas sepenuhnya kepada guru yang bakal menjadi pengajar/pembimbing kepada pelajar-pelajar.
3. Memupuk semangat taat setia para guru kepada negara dan memberi peluang untuk perkembangan peribadi mereka.


Ekoran daripada cadangan Jawatankuasa ini, program latihan perguruan telah disemak semula dalam tahun 1970-an di mana seorang pakar British Prof. Alee Rose dari Universiti of Lacester telah diundang ke Maktab-maktab Perguruan di seluruh negara pada tahun 1972.


Untuk mengkaji serta memberi pandangan mengenai masalah memperkemas dan mempertingkatkan mutu latihan perguruan kebangsaan di negara ini.
Usaha-usaha bagi memperbaiki latihan perguruan ini, seiring dengan perubahan-perubahan semasa di dalam bidang pendidikan serta usaha-usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang mampu menghadapi cabaran abad akan datang.


Sumber - Arkib Negara

KEPUTUSAN STPM 2016 TERBAIK




Tahniah guys.... You are the best... #STPM2016
#KementerianPendidikanMalaysia #KPM #Guru #Teacher #Pelajar #Student #Sekolah #Tingkatan6

Tahniah kepada 565 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 yang  memperoleh Purata Nilai Gred Ke­seluruhan (PNGK) 4.00 berbanding 335 calon pada 2015.

Pencapaian calon STPM 2016 keseluruhannya meningkat dalam semua kriteria pengukuran de­ngan PNGK Nasional mencatatkan peningkatan kepada 2.71 berban­ding 2.65 pada 2015, kata Pengerusi Maj­lis Peperiksaan Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Bilangan calon yang mendapat PNGK 3.00 ke atas me­ningkat kepada 16,263 calon pada 2016 berban­ding 14,263 calon pada 2015.

Manakala jumlah calon yang mendapat PNGK 2.75 ke atas turut meningkat daripada 20,359 orang dalam STPM 2015 kepada 22,407 orang pada 2016.

Oleh itu dijangkakan peluang lepasan STPM 2016 untuk diterima masuk ke universiti awam adalah lebih besar berdasarkan peratusan dan bila­ngan calon yang mendapat PNGK 3.50 ke atas dan 2.75 ke atas.



Sejarah Hari Ini – 1 Mac 1975


PERASMIAN TASEK PERDANA KUALA LUMPUR

Pada hari ini dalam tahun 1975, Perdana Menteri YAB Tun Haji Abdul Razak telah merasmikan Tasek Perdana di Taman Bunga Kuala Lumpur.

BANJIR : 17 SEKOLAH RENDAH DI SARAWAK DITUTUP


MIRI, 28 Feb - Seramai 1,337 murid dari 17 buah sekolah rendah di Sarawak, tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini akibat masalah banjir melanda beberapa daerah termasuk Limbang, Miri dan Bintulu, sejak Ahad lepas.

Jelajah Pendidikan KPM di Kedah


Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang diadakan pada 24 dan 25 Februari 2017 di Amanjaya Mall Sungai Petani, Kedah padat dengan pengisian idea para guru dan mempamerkan kreativiti minda para pelajar sekolah.