(Kemaskini) KISAH KEKAYAAN PEMINTA SEDEKAH


KEMASKINI



Johor Bahru: Wanita penjual tisu yang tular di media sosial kononnya menyamar buta mengaku mempunyai RM14,000 di dalam akaun peribadi tetapi RM11,000 daripada wang itu milik beberapa rakan hasil aktiviti sama.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, wanita berusia 42 tahun itu tampil ke pejabatnya hari ini bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Katanya, ibu kepada dua anak berusia 19 dan 22 tahun itu memberitahu dia bukan menipu masyarakat dengan menyamar sebagai orang buta seperti yang disebar kerana mereka memang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.

"Wanita itu tidak buta tetapi OKU penglihatan tahap B2 (rabun yang teruk), manakala anaknya juga OKU mempunyai masalah sama.

"Wanita berkenaan mengakui menjual tisu di tempat tumpuan ramai termasuk restoran dan memperoleh pendapatan kira-kira RM40 sehari untuk menampung keperluan hidup kerana pendapatan suami (warga Indonesia) yang bekerja sebagai buruh binaan tidak mencukupi," katanya.

Manayi berkata, wanita itu juga mendakwa daripada RM14,000 yang dimasukkan ke dalam akuannya, hanya RM3,000 miliknya manakala baki milik rakan yang juga OKU menjual tisu dan ia akan dikembalikan.

"Kenyataan wanita berkenaan akan disiasat bagi mengenal pasti kesahihannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 4:19 PM
Sumber : HMetro
Rujukan : http://www.hmetro.com.my/node/195922

-----------------

Sungguh sedih, kecewa dan terkilan apabila menyentuh tentang isu penipuan membabitkan peminta sedekah ini.

Kenapa masih ada dikalangan kita yang sanggup menipu orang ramai dengan bertopengkan ihsan simpati sebegini?

Tersebar di dalam Whats App, seorang wanita dikatakan mampu hidup mewah setelah menjadikan peminta sedekah sebagai kerjaya tetap.

Hasil kutipan, wanita ini dikatakan berjaya menyimpan ribuan ringgit di dalam bank.

Berikut merupakan teks perbualan kiriman pembaca berserta dua keping gambar dan satu video (Admin letak diruangan komen) :

"Ni kejadian kat Dataran Bandaraya. Bini aku semeja dgn yg snap gambar. Dia ni bank officer RHB Uda. Dia kenal pompuan yg minta sedekah tu sbb selalu bank in duit kutipan kat bank. Simpanan sampai berbelas ribu, tu yg pecah tembelang.

"Ni pic semlm kwn kita snap selepas warning dia....trus cabut dari ala2 raba2 pakai tongkat terus angkat tongkat jalan...mmg tak buta pon

"Kalo pegi makan mana2 jumpa org buta ni takyah kasi derma...menipu ni

"Kwn senam keje bank...attend pompuan ni masuk bank tak pakai tudung....bank in duit singgit jumlah rm8K....rm5 jumlah rm6K...skali masuk personal acc rm14K deyyyy

"Nie yg slalu jual tisu 2..yg buta..rupenye pnipu."

Persoalannya kini terpulang kepada orang ramai untuk membuat penilaian. Sementara pihak berkuasa juga perlulah memainkan peranan sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya
penipuan terancang dan penganiayaan awam sebegini.

#Penipu #PihakBerkuasa #Netizen #Viral #JualTisu

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
10 January 2017 at 18:29 delete

mungkin ye penjual tisu tu berbohong kononnya miskin dan meminta simpati orang. tapi dari penelitian gambar suspek, ternyata keduanya adalah individu berbeza. yang bertudung agak gemuk (lihat bahagian perut) sementara yang tidak bertudung adalah ramping. soal di sini yang nak saya utarakan ialah benda begini mudah sangat menjadi tular, sedangkan kesahihan fakta belum pasti. namun begitu pasti ramai akan percaya dan akhirnya berkongsi lagi dengan group lain. inilah punca sebenar bagaimana fitnah menular dengan cepat. akhirnya longgokan2 fitnah menyelubungi negara kita. semoga Allah tidak mengazabkan negara kita kerana lalai dan alpa dalam berhati-hati serta beringat tentang dosa fitnah.

Reply
avatar