TEKSI vs UBER

Sebelum ni pengusaha teksi dan Uber bergaduh macam nak berbunuhan.
Kan indah kalau tiada pergaduhan dan kita saling berdamai antara satu sama lain. Kalau semua macam ni barulah aman dunia!
Tahniah kepada pengusaha teksi dan perkhidmatan Uber yang 'bersalaman' tanda perdamaian.
----------------
Keterangan gambar :

Uber, a smartphone app that connects riders with drivers, and Gabungan Persatuan dan Syarikat-Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia, an Association of all taxi associations and taxi companies in Peninsular Malaysia, today signed an MOU to kick-off “UberTaxi,” a pilot programme to allow Gabungan’s best drivers to drive on the Uber network using their taxi vehicles.
#Uber #EHailing #Teksi #PengangkutanAwam

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN KEKAL



Jaminan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bukan hanya mengekalkan Sekolah Jenis Kebangsaan, malah memantapkan lagi usaha ke arah pemerkasaan sistem pembelajaran di sekolah berkenaan.


#Negaraku #KementerianPendidikanMalaysia #KPM — with Kelab Guru Malaysia, P.Kamalanathan, Dato Seri Mahdzir Khalid, Mahdzir Khalid, Chong Sin Woon 张盛闻 and Suara Guru-Masyarakat Malaysia.

HANYA KERETA ELEKTRIK ATAS JALANRAYA?


Sekarang ini dunia automotif hanya memikirkan kaedah menjimatkan penggunaan minyak petrol / diesel. Ia berdasarkan pengeluaran bahan mentah itu yang semakin membimbangkan di seluruh dunia.

Justeru itu idea kenderaan hibrid dan elektrik telah diperkenalkan. Sebenarnya ia sudah dimulakan sejak tahun 1901 lagi apabila Ferdinand Porche membangunkan Lohner-Porsche Mixte Hybrid iaitu kereta hibrid elektrik-petrol pertama di dunia.

Kenderaan elektrik-hibrid tidak boleh didapati secara meluas sehingga keluaran Toyota Prius di Jepun pada tahun 1997, diikuti dengan Honda Insight pada tahun 1999.

Biarpun perbincangan mengenai isu ini kurang dihebahkan namun ia tetap menjadi fokus utama pengeluar kenderaan serata dunia.

Terbaharu, pengeluar kereta jenama Volvo yang berpengkalan di Sweden tetapi dimiliki firma dari China mengumumkan hanya mengeluarkan kenderaan hibrid dan elektrik mulai 2019.

Pengumuman itu sekaligus menjadikan syarikat tersebut sebagai pengeluar automatif yang pertama menamatkan pengeluaran kereta dan kenderaan utiliti sukan berasaskan enjin pembakaran dalaman.

Persoalannya, adakah kita sudah bersedia ke arah penggunaan kereta hibrid / elektrik?
Sumber : KL Voice

DIALOG BELIA ANTARABANGSA



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dilihat amat memandang serius dalam menangani permasalahan juvenil terutamanya di kalangan remaja di sekolah.

Dialog Belia Antarabangsa ke-17 merupakan penanda aras hasil perkongsian idea di peringkat global dari pihak KPM dilihat satu langkah proaktif dan efektif dalam memastikan kegiatan negatif di kalangan pelajar sekolah tidak semakin parah.

Ia juga merupakan salah satu langkah awal pencegahan agar golongan yang digelar GenY ini tidak terpengaruh dengan budaya-budaya negatif baharu yang kian merebak di beberapa buah negara lain.

Untuk rekod, dialog ini melibatkan 40 buah negara dan satu resolusi bakal ditetapkan hasil perbincangan sebelum dibawa ke peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
#Negaraku #KementerianPendidikanMalaysia #KPM #Juvenil #Juvana #Pelajar

SIKAP PROFESIONAL KREW AIR ASIA MENDAPAT PUJIAN MENTERI


Dalam situasi kecemasan ketenangan amat diperlukan bagi seseorang ketua dalam menentukan hala tuju dan membuat keputusan. Apatah lagi apabila saat kecemasan itu berlaku diruang udara. Tentulah sikap yang profesional dan tenang amat didambakan saat itu.

Begitulah yang berlaku kepada pesawat Air Asia X D7237 yang dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dari Perth Australia. Tahniah diucapkan kepada Semua Krew kabin dan pilot dalam pesawat tersebut kerana dapat mengawal keadaan penumpang yang cemas ketika itu.

Berita yang menjadi perhatian seluruh dunia juga mendapat pujian daripada Menteri Pengangkutan Malaysi. Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memuji kecekapan juruterbang serta anak kapal Air Asia X kerana Berjaya mengawal keadaan sehingga pesawat Berjaya di daratkan. Namun begitu bagi Liow, perkara ini amat serius dan beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan pihak berkuasa bagi melakukan siasatan penuh terhadap insiden ini.

Pesawat tersebut yang tiba-tiba bergegar selepas 90 minit memulakan penerbangan. Ia dikatakan berpunca dari masalah teknikal. Ketika penerbangan AirAsia X D7 237, satu bilah kipas turbin telah patah dan menghentam satu oil pump serta merosakkan sistem hidraulik sebelum 'ditelan' oleh enjin.

Ketidakseimbangan bilah kipas ini mengakibatkan gegaran teruk kepada rangka pesawat dan tindakan seterusnya ialah untuk juruterbang mematikan enjin tersebut dan berpatah balik.

"Namun untuk dua jam seterusnya gegaran yang kurang sedikit kekuatannya masih berlaku kerana satu fenomena yang digelar 'efek kincir angin' yang mana bilah kipas tersebut diputarkan oleh angin akibat pesawat itu menujah ke hadapan.

Juruterbang pesawat tersebut dengan begitu profesional telah berjaya mengawal keadaan kapal terbang serta berjaya menenangkan penumpang yang dalam keadaan amat cemas.
Pesawat Airbus A330 berjaya mendarat dengan selamatnya bersama 359 orang penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 10 pagi, Jun 25, 2017.


Penumpang kemudiannya dipindahkan ke pesawat yang telah disediakan untuk penerbangan gantian pada jam 11.40 malam, hari yang sama.


Pemuda Selempang Merah

PATI & E- KAD



Semakin ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditangkap selepas berakhirnya permohonan E-Kad semalam.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, Apa itu E-Kad?

E-Kad atau 'Enforcement Card' merupakan kad sementara dan diberikan secara percuma kepada pendatang asing yang bekerja di Malaysia. Para majikan sudahpun mula membuat permohonan kad ini sejak bulan Februari yang lalu dan berakhir semalam, 30 Jun 2017.

Majikan akan membawa pekerja mereka (warga asing) bagi tujuan proses pendaftaran biometrik bagi memastikan PATI yang berdaftar tiada rekod jenayah, lulus pemeriksaan kesihatan dan rakyat dari negara sumber yang dibenarkan.

Sekiranya gagal memiliki E-Kad, PATI tersebut boleh diusir keluar Malaysia manakala majikan pula dikenakan tindakan undang-undang termasuk pembekuan aset dan akaun.
E-Kad yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti biometrik, nombor pendaftaran dan nama syarikat, kod bar dan tandatangan Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Polis Negara.

E-Kad ini juga hanya sah sehingga 15 Feb tahun hadapan dan dalam tempoh itu, PATI serta majikan perlu mendapatkan pasport dan dokumen perjalanan yang sah dari kedutaan masing-masing bagi tujuan pemutihan

MRT LALUAN SUNGAI BULOH - KAJANG

Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di bawah perkhidmatan MRT yang melalui 17 buah sekolah bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar-pelajar dengan perkhidmatan yang selesa serta selamat tetapi mereka juga mendapat tambang separuh harga untuk perjalanan seharian mereka.

PERMINTAAN KELAPA MENINGKAT



Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) terpaksa mengimport kelapa dari Indonesia bgi menampung permintaan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Itu jika masih tidak mencukupi, bekalan buah kelapa akan ditambah. Nampaknya buah kelapa telah menjadi satu komoditi yang amat diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Mungkin sudah sampai masanya kerajaan perlu mengadakan kempen tanam pokok kelapa. Satu Rumah sebatang pokok kelapa, agar kita tidak bergantung sangat dengan negara luar.

Bahkan kempen ini jika diperluaskan dengan tanaman-tanaman lain tentu akan lebih memberi manfaat kepada rakyat dan negara sendiri.

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG



Kisah seorang lelaki tua, Melayu yang telah menetap di Liverpool, UK sejak 40 tahun yang lalu. Dia pada asalnya dahulu seorang kelasi kapal MISC.

Beliau memberitahu saya bahawa dia terlalu rindu untuk pulang ke Malaysia, namun dia tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampung halamannya di Melaka.

Kehidupannya di UK bukanlah senang sangat seperti yang dianggap oleh orang kampungnya dulu. Apa yang lebih malang dia sendiri tidak tahu apa pengangan agama anaknya.

#NegarakuMalaysia
#Negaraku

PM Pandang Serius Jenayah Seksual Libat Kanak-kanak



Kementerian Pendidikan memandang serius laporan yang menyatakan sebanyak 61 peratus daripada 12,926 mangsa kes jenayah seksual untuk tempoh tiga tahun sejak 2014 melibatkan kanak-kanak.

Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon 张盛闻 percaya masih ada lagi kes seperti itu yang belum dilaporkan ekoran rasa takut dan malu.

"Laporan seperti ini sangat membimbangkan kita dan kalau kita nak kupas kes seperti ini, saya percaya masih ada lagi yang belum melaporkannya. Oleh sebab itulah kita wujudkan mata pelajaran pendidikan seksual di sekolah rendah dan menengah untuk pelajar-pelajar tahu menjaga tubuh badan masing-masing.

"Saya juga meminta ibu bapa supaya lebih peka dengan perubahan anak-anak dan terbuka minda untuk berbincang masalah yang dihadapi anak-anak mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Hwa, Seremban hari ini.

#MenerajuiPerubahan #LeadingTowardsChanges #Negaraku #KPM

Dato Seri Mahdzir Khalid P.Kamalanathan Kementerian Pendidikan Malaysia

JANGAN BIAR IA MENYALA


Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan merupakan peribahasa Melayu yang merujuk kepada sesuatu masalah, pertikaian, pertengkaran atau pergaduhan kecil yang harusnya di di selesaikan dengan secepat mungkin agar ianya tidak merebak menjadi perkara yang lebih rumit dan besar.

PETUA HARI INI - Air


Air putih juga bermanfaat untuk mencegah serangan jantung. Ini kerana ketika air diminum akan diserap masuk ke dalam aliran darah dan ia mampu menurunkan ketebalan pembuluh darah.

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG - 20 Tahun Berhijrah Ke Amerika


Ketika saya dan isteri didalam bas di Venice Beach, Los Angeles USA, seorang "uncle" memerhati kami lalu meneriak memanggil kami dalam bahasa Melayu. Dia sangat mengenali stail tudung yang isteri saya pakai, katanya stail Malaysia.

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG


Seorang wanita di usia 50'an yang tinggal di Zurich, Switzerland. Ketika bertemu saya beliau menceritakan bahawa dia telah tinggal lebih 15 tahun di Switzerland. Beliau mengadu kesusahan hidup di sini kerana standard of living disini agak tinggi.

Selain itu kos pelajaran anak juga sangat membebankan. Sehingga kini dia masih bekerja, walaupun sudah tua dan agak penat, dia masih ada keinginan untuk pulang untuk menghirup udara segar di Malaysia.

Semoga hasratnya ingin pulang dimakbulkan.

Dari coretan Hj Zainudin Omar
#NegarakuMalaysia
#Negaraku

PETUA HARI INI - TIMUN



Timun merupakan sayuran yang banyak mengandung air dan bertekstur renyah, yang biasanya banyak di sajikan sebagai ulam ketika makan nasi, salad, rojak, sandwich dan burger. Kandungan kalori timun sangat rendah, namun ia mengandungi banyak nutrisi. Hampir semua nutrisi yang diperlukan untuk diet seimbang terdapat dalam buah sayuran yang menyegarkan ini.

Sebenarnya timun banyak lagi manfaatnya kepada manusia. Selain enak ketika dimakan bersama-sama rojak dan sate, timun juga ada manfaat lain jika kita tahu khasiatnya.

HARGAI KHIDMAT BOMBA

Menghargai dan menghormati perkhidmatan ahli bomba tidak hanya sekadar menganugerahkan medal, sijil dan cenderamata, tidak mencukupi dengan ucapan dan surat pujian.

Itulah yang dititahkan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Perkhidmatan yang diberikan oleh anggota bomba sewajarnya dihormati dan diberikan penghargaan.

Titah baginda, anggota bomba saban masa berhadapan pelbagai bahaya dan mengharungi pelbagai dugaan ketika melaksanakan tugas dan menggalas tanggungjawab mereka.

“Menghargai dan menghormati khidmat anggota bomba hendaknya tidak terbatas kepada program-program berbentuk perbarisan, pameran, persembahan budaya atau jamuan.

‘Sambutan Hari Anggota Bomba akan lebih bermakna jika diisi dengan acara-acara berunsur ilmu, berupaya meningkatkan penghayatan masyarakat dan apresiasi Negara.

Daftar Tahfiz : KPM, JAKIM akan duduk semeja


Perbincangan ini menjurus kepada terma dan rujukan bagi proses pendaftaran sekolah-sekolah tahfiz supaya dapat diletakkan di bawah satu institusi.

TIP JIMAT WANG 4 - Elak Selalu Membeli


Inilah masalahnya, rambang mata. Ada saja benda nak beli. Kadang-kadang benda yang tidak perlu pun beli. Jika macam tu, elaklah selalu pergi ke pusat membeli belah.

Tahan, sabar, dan bagitau kepada diri anda bahawa ianya tidak perlu dan boleh dibeli kemudian hari. Ketahanan diri amat penting pada saat-saat ini. Disiplin !

TIP JIMAT WANG 3 - Buat Simpanan


Jangan suka bertangguh dan mengalak dari membuat simpanan. Anda harus tahu matlamat kewangan anda sendiri. Ingat, duit yang anda simpan adalah duit anda sendiri, dan akhirnya nanti anda juga akan menggunakannya.

PEJAMKAN MATA DAN BUAT SIMPANAN, " YOU CAN DO IT" !

WHEN WAS THE BOMBING OF PEARL HARBOR ?


On 7 December, 1941, there was a surprise attack by the Japanese airforce on the United States navy base at Pearl Harbor in Hawaii. Although the attack crippled the US Navy in the Pacific Ocean, it also drew the Americans into World War II.

MOU Supplementary Agreement Malaysia - UNESCO Cooperation Programme (MUCP) Malaysia Funds-in-Trust (MFIT)



Majlis menandatangani perjanjian Supplementary Agreement Malaysia-UNESCO Cooperation Programme (MUCP) Malaysia Funds-in-Trust (MFIT) di antara Kerajaan Malaysia yang diwakili Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Alias Bin Haji Ahmad selaku Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dengan UNESCO yang diwakili Ketua Pengarah UNESCO, PYT Irina Bokova di Ibu Pejabat UNESCO Paris, Perancis pada 25 April 2017.

TIP JIMATKAN WANG


1- LANGSAIKAN HUTANG

Sebolehnya cepat-cepat langsaikan hutang yang ada. Kira berapa lagi jumlah hutang kecil dan bayar sebaik dapat gaji. Jangan mengelak. Begitu juga hutang rumah dan kereta, jangan dok tangguh-tangguh.

Perkasa institusi tahfiz menerusi DPTN


Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) diwujudkan bagi tujuan kebaikan bersama. Semoga memberi manfaat kepada semua khususnya anak-anak syurga yang kita.

CARA ATASI MARAH


Marah merupakan satu luahan rasa emosi yang tidak terkawal. Apabila emosi tidak stabil, wajah tentulah tidak berseri. Oleh itu kawallah perasaan marah dari menguasai diri. Cuba alihkan kepada sesuatu yang positif dan berfaedah.

Dibawah ada tip-tip yang boleh digunakan ketika anda marah.

AWAS BUDAK GANGSTER SEKOLAH, POLIS DAH TAHU SIAPA KAU...


KUANTAN 26 April - Polis sudah mengenal pasti beberapa sekolah di seluruh negara yang mempunyai masalah gangsterisme, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

JABATAN AGAMA PERLU PANDANG SERIUS, SELARAS GARIS PANDUAN HUKUMAN ROTAN TERHADAP PELAJAR TAHFIZ SECARA TELUS.


Kes pelajar sekolah tahfiz di Johor, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia semalam akibat kecederaan teruk setelah didakwa dipukul pembantu warden di sekolah itu bukanlah isu baharu.

BENARKAH KITA DIAMBANG PERANG TERAKHIR ?


Serangan pengganas yang telah mengorbankan 36 orang dan lebih 100 cedera dalam insiden letupan bom di dua buah gereja Kristian Koptik di Tanta dan Iskandariah boleh dikatakan satu percubaan untuk menimbulkan ketengangan antara umat Islam dan Kristian.

Walaupun keadaan amat membimbangkan,pemimpin agama Vatican City, Pope Francis yang dijadualkan mengadakan rangka lawatan ke Mesir pada hujung bulan ini meneruskan kunjungan beliau ke negara walaupun selepas pengeboman dua gereja di Iskandariah dan Tanta di utara Kaherah semalam.

Dalam pada itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas dua gereja di Tanta dan Alexandria, Mesir.

Beliau berkata, serangan berkenaan merupakan satu lagi peringatan ancaman keganasan dan tindakan menentang kekejaman itu perlu menjadi tekad bersama tanpa menyerah kalah.
Matlamat kumpulan militan Daesh adalah mahu melihat perpecahan dalam masyarakat Islam dan Kristian serta penganut-penganut agama lain, namun semua pihak perlu bersatu dan kekal teguh untuk memerangi ancaman keganasan seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas Syria begitu mengejutkan dunia. Serang ini boleh mewujudkan ketegangan baru di Syria.

Serangan ini dikatakan susulan daripada tindak Syria melancar serang bom kimia terhadap penduduk Syria. Walaupun amin tidak bersetuju dengan tindakan Assad, tindakan ketenteraan yang diambil oleh Amerika boleh mencetuskan lebih banyak keganasan dan ia juga bukanlah jalan penyelesaian terbaik kepada konflik.

Dalam serangan bom kimia, se­kurang-kurangnya 100 penduduk awam termasuk 25 kanak-kanak dan 13 wanita maut di bandar ini yang terletak di barat laut wilayah Idlib.

Serangan terhadap bandar ini yang dikuasai oleh kumpulan penentang disifatkan sebagai sera­ngan senjata kimia paling dahsyat sejak tercetusnya perang saudara Syria, enam tahun lalu.

Negara-negara barat dan Rusia mulai bertelagah antara satu sama lain tentang siapakah yang bersalah dalam serangan bom kimia terburuk di Syria.

Pemimpin dunia hari ini nampaknya lebih berminat untuk berperang dari mencari perdamaian, yang menjadi mangsa orang awam terutama kanak-kanak. Peperang ini perlu dihentikan segera sebelum dunia bertambah kucarkacir dan hancur.

Boleh jadi kita kini berada di tengah-tengah ambang Perang Dunia Ketiga, bukan perang menentang pengganas tetapi perang antara pengganas dan yang cintakan keamanan anti-pengganas perikatan. Kedua-dua pihak yakin bahawa mereka berada dipihak yang benar, bahawa bagi mereka memerangi kejahatan.

Sedangkan sebenarnya merekalah pencetus kejahatan.

SELEPAS SYRIA, DONALD CARI PASAL DENGAN PYONGYANG

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) ‘menggerakkan’ kedudukan kapal pe­ngangkut pesawat, USS Carl Vinson ke Semenanjung Korea bertujuan mendesak Korea Utara menghentikan program senjata nuklear.

Bagaimanapun, langkah ber­kenaan dilihat bakal menimbulkan ketegangan di rantau tersebut selepas Pyongyang baru-baru ini mengutuk tindakan AS melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Syria.

“Pusat Pemerintah Pasifik AS mengarahkan kapal tersebut ke rantau itu sebagai langkah berjaga-jaga. Ancaman utama di rantau itu adalah Korea Utara atas kecu­aian, tidak bertanggungjawab dan ketidakstabilan program misil serta terlalu mengejar kemampuan senjata nuklear,” kata jurucakap Pusat Pemerintah Pasifik AS, Dave Benham.

Pyongyang didakwa sedang membangunkan peluru berpandu jarak jauh yang mampu menye­rang AS menerusi kepala peledak nuklear dan sehingga kini, seba­nyak lima ujian sudah dilakukan.

Analisis imej satelit menunjukkan Korea Utara bersedia menjalankan ujian buat kali keenam dan para pegawai perisikan AS memberi amaran Pyongyang akan membangunkan senjata nuklear jarak jauh dalam tempoh dua tahun lagi.

Rabu lalu, Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak sederhana ke arah Laut Jepun menjelang pertemuan dua hala antara Presiden AS, Donald Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping.

Trump baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Jinping di Florida dan salah satu isu yang dibincangkan ialah gesaan AS kepada China supaya membantu membendung program senjata nuklear Korea Utara. – AFP






GILA ! SULTAN PUN DIA NAK RASUAH


Manusia semakin hilang kewarasan. Harta, pangkat, darjat dan gelaran menjadi rebutan. Entah boleh ke pangkat dan gelaran ini menolong kita dalam kubur nanti, fikir le sendiri?

Begitulah kes seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri di tahan kerana cubaan merasuah. Yang nak dirasuah tu bukan calang-calang orang, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Apa ke gila sangat sampai nak merasuah sultan ?

Beliau yang berumur 54 tahun telah ditahan dan hari ini di bawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini untuk mendapatkan perintah reman berhubung cubaan merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Beliau tiba di sini dengan berpakaian lokap berwarna oren pada pukul 9.30 pagi hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki telah mengesahkan bahawa suspek tersebut ditahan untuk disoal siasat selepas diberi amaran untuk segera tampil menyerah diri.

Sultan Ibrahim mendedahkan lelaki berbangsa Cina tersebut telah menawarkan RM2 juta bagi mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi nendapatkan gelaran Tan Sri daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Pada 25 Mac lalu menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook, baginda bertitah supaya SPRM mengadap baginda segera supaya perkara terbabit dapat disiasat.



GURU-GURU SILA BERI PERHATIAN




SEMAKAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2017 INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Semakan Calon Berjaya ke Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dilakukan mulai 6.00 petang (4 April 2017) hingga 11.59 malam (14 April 2017).




Layari https://pismp.moe.gov.my

PEGAWAI SPRM PUN CUBA DIRASUAHNYA !



MEMANG MELAMPAU ! Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun nak dirasuah oleh mereka. BERANI BETUL !

Dua lelaki yang merupakan penyelia tapak lombong haram dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan memberi rasuah kepada dua pegawai SPRM.

Mereka yang menjalankan aktiviti perlombongan pasir secara haram di Tanah rizab kerajaan, di Putrajaya cuba memberi rasuah kepada dua pegawai tersebut. K.Mohan, 42, dan How Ah Lai, 45, kedua-duanya merupakan penyelia tapak lombong haram mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Madihah Harullah.

Berdasarkan pertuduhan Mohan didakwa memberi suapan wang tunai RM2,000 kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM iaitu Mohd. Izham Mohd. Hashim, 36, sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah akta SPRM 2009.


Ah Lai pula didakwa memberi suapan wang tunai RM300 kepada Penolong Kanan Penguasa SPRM, Mohd. Zaki Johari, 34, sebagai dorongan untuk tidak melaporkan kesalahan sebuah lori yang membawa muatan pasir keluar daripada kawasan perlombongan di Presint 20 Putrajaya kepada pihak berkuasa.

DOKTOR PELATIH GAGAL TAMAT LATIHAN



Malaysia masih lagi memerlukan pertambahan bilangan doktor. Ini kerana faktor peningkatan bila­ngan penduduk serta beban penya­kit dan jangkaan rakyat yang tinggi. Ia bagi memastikan agar Malaysia dapat terus mengekalkan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.

Ketika ini negara hanya mempunyai 46,491 doktor dalam sektor awam dan swasta yang bersamaan nisbah seorang doktor bagi setiap 667 penduduk.


Namun apa yang menjadi masalah ketika ini 25 hingga 30 pera­tus doktor pelatih gagal menyempurnakan latihan perubatan dalam tempoh ditetapkan kerana tidak kompeten, sekali gus menyumbang kepada masalah penempatan doktor pelatih yang baharu berikutan mereka yang sedia ada terpaksa menyambung tempoh latihan.


Hampir 5,000 graduan perubatan baru setiap tahun yang memerlukan mereka menjalani latihan. Namun kerana permasalahan ini negara memerlukan pertambahan bila­ngan golongan berke­naan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan di negara ini terus kekal sebagai antara terbaik di dunia.

Untuk pengetahuan Malaysia diberi penghargaan sebagai negara yang mempunyai sistem kesihatan terbaik di dunia berbanding 24 negara lain oleh Majalah International Living dalam Indeks Persaraan Global Tahunan 2017 menamakan 

“Ini merupakan penghormatan yang diterima Malaysia selama tiga tahun berturut-turut dan kaji selidik Bloomberg pada 2014 juga meletakkan Malaysia dalam kalangan 30 negara di dunia yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan paling cekap.













AFIQ PELAJAR GIGIH, 10A SPM 2016






Berkat belajar dalam suasana penuh kondusif dan persekitaran pusat pendidikan Islam disokong oleh teman, kawan-kawan, guru-guru beliau akhirnya menjadi PELAJAR CEMERLANG.

TAHNIAH adik AFIQ DURRANI AZLI (18) dan, pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Syah Alam Selangor kerana berjaya mendapat 10A dalam SPM. 

Afiq merupakan pelajar OKU yang mempunyai masalah penglihatan mata, beliau yang memperoleh semua A dalam subjek diambilnya berkongsi rahsia kejayaan yang banyak didorong oleh kata-kata semangat daripada ibunya.

Beliau sering ingat pesan ibunya agar dia tidak menjadikan kekurangannya sebagai penghalang untuk berjaya membuatnya bertekad dari awal untuk belajar bersungguh-sungguh.

"Ummi kata, dulu saya pernah koma dan hampir tak ada harapan untuk pulih, tapi akhirnya ALLAH beri peluang untuk terus hidup walaupun kesannya saya kini tak dapat melihat lagi.


"Saya pegang kata-kata itu, selain selalu masuk ke kelas dan duduk di bahagian depan supaya saya dapat dengar dan faham dengan jelas semua yang diajar oleh guru.

Tahniah juga kepada ibunya, Puan Wan Nurliza Ahmad, Serta Ayahnya Encik Azli Abdul Razak.

KEPUTUSAN SPM 2016 : PELAJAR LUAR BANDAR TUNJUK PENINGKATAN




Jurang yang semakin mengecil antara calon di bandar dengan calon di luar bandar merupakan antara pencapaian dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, pencapaian Gred Purata Nasional (GPN) bagi calon luar bandar menunjukkan peningkatan 0.08 iaitu 5.36 pada tahun 2016 berbanding 5.44 pada tahun 2015.

Katanya, pencapaian calon di bandar pula meningkat sebanyak 0.05 iaitu 4.89 pada tahun 2016 berbanding 4.94 pada tahun 2015.

“Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar lebih tinggi berbanding calon di bandar,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2016 di sini hari ini.

Beliau memberitahu, secara keseluruhannya, indeks GPN tahun 2016 pada 5.10 adalah jauh lebih baik berbanding 5.15 pada tahun 2015.

“GPN semua mata pelajaran meningkat secara signifikan bermakna prestasi keseluruhan murid telah meningkat walaupun yang mendapat gred tertinggi (semua A) berkurangan,” katanya.

Beliau memberitahu, keputusan SPM 2016 menunjukkan jumlah calon semua subjek A+ adalah 102 calon berbanding 163 calon pada tahun 2015 manakalan calon yang mendapat semua subjek A+, A, A- bagi tahun 2016 adalah 8,647 calon berbanding 9,721 calon pada tahun sebelumnya. - UTUSAN ONLINE



ORANG KAYA TERUS KAYA, YANG MISKIN TERUS MISKIN

*Gambar sekadar hiasan



Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) mendedahkan kewujudan pihak ketiga memborong bilik-bilik hotel sebelum bermulanya acara besar seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA), menyebabkan harganya melambung .

Pengerusinya Zainudin Kadir berkata pihak yang bertindak sebagai broker ini mempunyai dana besar dan menempah awal bilik pada jumlah yang banyak.

"Broker ini membayar 'cash' (tunai) untuk mendapatkan jumlah bilik yang banyak dengan tujuan untuk ditawarkan pada harga lebih tinggi," katanya kepada Bernama.

Pautan : http://www.bernama.com/bernama/…/bm/ge/newsperspectives.php…

OK SEKARANG KITA SEBAGAI PIHAK BERKUASA NAK BUAT APA? ADA PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG? ATAU SEKADAR TENGOK SAJA?