Iphone7 tak bagus?


Syarikat terkenal Amerika Syarikat, Apple bertungkus lumus dalam persaingan untuk menjadi pengeluar telefon pintar yang paling pintar di dunia dengan membawa kemunculan produk terbaharu mereka, Iphone7.

Siapa pernah panjat pagar sekolah? Baik mengaku, jangan tipu...


Kongsikan pengalaman anda sebagai 'peserta aksi lasak' dan kesan-kesannya selepas pada itu.

Supaya pengalaman anda sebagai abang-abang senior dapat memberi kesedaran buat adik-adik di sekolah.

Jangan bocorkan rahsia, bagitahu lokasi pagar terbaik untuk dipanjat pula!

Kepada semua rider dan Mat Motor seluruh Malaysia...


Siapa berminat nak gosok lutut, pulas trotel sampai dua kali pusing boleh sertai program anjuran LC Meru-Klang Crew bersama naungan #1M4U ini.

Kisah sepucuk surat


Ada orang terima sepucuk surat yang tertulis "Urusan Seri Paduka Baginda" di sampulnya...

Disebabkan sibuk, dia letak dalam almari sampai terlupa nak buka, dah pegang tapi tak buka, apatah lagi nak baca apa isi kandungannya tu, sebab sangat sibuk dengan urusan lain...

KALAU WAZE IKUT DIALEK. INI BUNYINYA...



SABAH :
Pigi dapan siiikit... Lepas 200m pigi siring sblah kanan aa...nah kann telimpas sudahh!...

SARAWAK :
Kitak maju jak kat dapan yaa... Gik 200m ke kanan... Nang paloi na! Aku limpas jak simpang ya tek!...

JOHOR :
Ko tegak je lagi doh... Dalam 200m masok kanan ekk... Siot ahh ape seyh dah terlpeas bodoh sial kau!...

NEGERI SEMBILAN :
Ekau torus jo... Laie 200m ekau masok kanan... Kot bangang bonar! Talopeh simpang!...

MELAKA :
Ok hawau gi depan je... Lagi 200m kau belok kanan... Amende kau gi kiri lak lahabau!...

TERENGGANU :
Mung gi depang sket... 200m pahni mung kona kkanang... Ohhh bodoh nnatang ni tlajok!...

KEDAH :
Teruih lagi bak ang... Dalam 200m hangpa masok kanan... Buto pak ang kan dah telepaih!...

PERAK :
Kome teghoih ke dpn, dlm due ghatuih miter kome kona kanan, iss ate ngape kome telajak pulok.. aje ngan ye kome ni pon...

PAHANG :
Demeh teghoih ke dpan. Dalang 500ghatuih miter kedepan awok konar kut kanan. Aok jangen telajok plok. Ahye awok cer slow skit jngen laju sngat bukan rentang nye awok nok lelaju rentang. selekoh tu aih...

KELANTAN :
Demo gi depey lagi... Daley 200m demo masok kkaney... Alhamdulillah... Mujo ado pamoga!!!...

#SenyumPagi :)

Orang tua panjat tangga, staff 'Airport' KB tepuk tangan?


Setiap penumpang yang menggunakan perkhidmatan penerbangan akan membayar cukai untuk tujuan operasi di lapangan terbang.

Namun ia akan mengundang kemarahan pengguna apabila kemudahan yang disediakan di lapangan terbang tersebut tidak diuruskan dengan baik.

Ke mana pergi duit cukai yang dibayar pengguna?

Seperti apa yang berlaku di Lapangan Terbang Kota Bharu Kelantan.

Faizul Rohban dalam status di akaun Facebooknya meluahkan kekecewaan berhubung tahap perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di lapangan terbang tersebut.

"Sebelum Hari Raya Haji (Aidil Adha) lagi tangga bergerak (esklator) ni dibaiki sampai ke hari ini masih lagi tidak dapat digunakan. Kesian kepada warga tua yang uzur terpaksa menaiki anak tangga untuk ke balai pelepasan

"Dimanakah caknanya Malaysia Airport Berhad (MAB) dalam pengurusan airport.. dengan tandas yang berbau, tangga bergerak tidak dapat digunakan sedangkan semua maklum yang semua
penumpang membayar tax airport (cukai).

"Tetapi inikah yang kami dapat? Seingat saya sudah beberapa kali tangga ini rosak dalam (tempoh) 1 tahun, berapa kali sangat yang boleh digunakan. MAB pun sedia maklum yang airport KB
sangat sibuk tetapi seolah-olah hanya membuta tuli sahaja (berhubung) isu ini."

Siapa hendak jawab? Masih tiada tindakan daripada pihak yang berkenaan? Atau mahu tunggu luahan daripada pelancong asing?

#SuaraRakyat #IsuRakyat #Komuniti #KBAirport

Tua tapi gagah


Kehebatan si tua Datsun Bluebird 510 dan Toyota KE70

Walaupun sudah tua, Datsun Bluebird 510 dan Toyota KE70 tetap hebat menawan negara Thailand dalam misi Jelajah Olskool sejauh 10,000 kilometer.

Tua tapi gagah.

Itu yang cuba dibuktikan empat orang anak muda Mohd Khairon Ibrahim, 36, Muhamad Arisman Ismail, 32, Mohd Sallehudin Suradi, 23, dan Chavirra Pram, 29, yang juga ahli Kelab Old School
Mega Gathering.

Jelajah Olskool selama enam hari itu memasuki negara Thailand dan akan berakhir di pertemuan kereta lama di Raub, Pahang pada 1 Oktober ini.

Syabas anak muda!

#JelajahOlskool #KeretaLama #KelabOldSchoolMegaGathering #DatsunBluebird510 #ToyotaKE70

18 ribu berhenti rokok kerana vape


Rokok elektronik membantu kira-kira 18,000 orang di England berhenti merokok tahun lalu dan tiada bukti saintifik mengenai sebarang kesan sampingan serius yang dikaitkan dengan penggunaannya sehingga dua tahun. Penyelidik di Universiti Kolej London (UCL) menganalisis data terbaharu mengenai tabiat merokok dan berhenti daripada tabiat itu di London.

Kat mana nak beli vape? Ada cadangan? Admin baru nak belajar ni...

#VapeON

Tak senang nak senang...


#SelamatPagi

Tak senang nak senang...
Nak senang kenalah usaha lebih, rajin, bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Tak susah nak susah...
Duduk saja di rumah sambil goyang kaki, tak payah pergi kerja. Cuma tunggu saja duit datang ketuk pintu rumah.

Nak contoh lagi best, pergi rompak kedai emas, tak payah pakai topeng dan tak perlu tergesa-gesa. Buat dengan perlahan-lahan. Kena tangkap dan masuk penjara.

#Motivasi

Pesanan brader lori kepada pemandu-pemandu sekalian...


"Lori treler panjang lebih 40 kaki. Kalau nak membelok ke kiri atau kanan jika jalan sempit, tambah-tambah kawasan pekan atau kampung, kena ambil ruang (side) yang banyak. Baru tayar belakang lepas.

"Kalau tak ambil side, mesti tayar belakang masuk longkang dan naik atas tebing.

"So kalau sayang kat kereta, sabar la sat bagi treler habis membelok dulu. Kalau kereta langgar treler pun, treler tak jadi apa la. Kalau besi bengkok boleh 'welding' balik."

Terbaiklah Bro Min.

Wahai anak derhaka...


#SelamatPagi

Selagi nyawa dikandung badan, selagi mata mereka belum tertutup... Hargailah kewujudan mereka, ibu bapa.

Wahai anak derhaka, bertaubatlah sebelum terlambat.

#Motivasi

Kekasihku Mr/Mrs Romantik


Ada dua versi pendapat dalam gambar ini.

Pertama ada yang mendakwa lelaki tersebut pengsan dan dibaringkan atas riba isterinya sambil ditemani ibu mereka. Tapi kalau pengsan, tangan dia memang kena macam tu ke? Kaki siap bersilang lagi, aliran darah tak tersekat ke? Tutup muka pakai topi pula...

Kedua, ada yang mengatakan pasangan ini sedang berkasih-sayang.

Pengguna laman sosial ada pandangan masing-masing. Hanya mereka yang ada di tempat kejadian sahaja yang tahu situasi sebenar.

Bagi Admin, samada ia pengsan atau sedang memadu kasih, ia tetap menunjukkan sikap romantik antara pasangan. Ada yang setuju tak?

Disebalik lukisan The Virgin and the Child


Sebuah misteri yang belum terungkai. (part 2)

Dari monumen Arc de Triomphe, saya berjalan kaki hampir satu jam menuju ke muzium Louvre, jika sebelum ini hanya potret Mona lisa yang menjadi tarikan utama saya, tetapi misi pada kali ini ialah ingin melihat sendiri sebuah lukisan bernama The virgin and the child.

Ada himpunan jalanan 19 November ni, kau orang nak pakai baju apa?


NGO Bersih baru saja umum untuk anjurkan himpunan Bersih 5 pada 19 November ini di Kuala Lumpur. Dalam masa sama Gabungan NGO Baju Merah juga akan menganjurkan himpunan sama, tarikh dan masa yang sama.

Tak faham, kenapa kunci anak dalam kereta?


Malaysia Menjerit masih lagi tidak faham dengan sikap segelintir masyarakat kita yang memandang ringan tentang isu 'tertinggal' anak di dalam kereta yang berkunci.

MENGGERUNKAN : Statistik anak luar nikah


Seramai 159,725 anak luar nikah babitkan wanita Islam didaftarkan bagi tahun 2013 hingga 2015.

2013 : 53,492
2014 : 54,614
2015 : 51,169

Statistik ini dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimana ia boleh berlaku sedangkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan polisi Islam dalam pentadbirannya?

LRT terkandas, apa sudah jadi?


Masalah teknikal di laluan Kelana Jaya, mengundang rasa marah, geram dan kecewa dikalangan penumpang LRT apabila perkhidmatan pengangkutan awam itu terkandas selama kira-kira 3 jam sehingga menyebabkan mereka lambat tiba ke destinasi masing-masing.

#INIKANMALAYSIA, BUKAN ISRAEL… Bela peniaga guna kuasa rakyat


Ramai yang pelik kenapa sesetengah gerai menjadi ‘mangsa buli’? Lebih pelik ia seolah-olah memilih bulu? Bulu jenis A boleh berniaga, jenis B tidak boleh.

Makanan untuk pelajar miskin, ini cerita sebenar…


Semalam, sebuah portal tempatan ada mendedahkan mengenai pemberian makanan untuk pelajar dikalangan keluarga berpendapatan rendah di bawah program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di negeri Kelantan.