MENYAMAR JADI POLIS



Dua lelaki menyamar jadi polis berjaya di tangkap yang berlaku di bawah bukit DBKU berdekatan kedai Ketumbar Kafe, Jalan Semariang Kuching.

Dua lelaki tersebut berjaya ditangkap oleh orang awam yang sedang makan di kedai Ketumbar Kafe yang ingin menyamun sebuah rumah dengan menyamar sebagai polis.

Suspek dihantar ke balai polis berdekatan untuk siasatan lanjut.

Kejadian pada Isnin 20 Feb 2017

Sumber - Info Sarawak

REAKSI BALAS MENTERI PENDIDIKAN BERHUBUNG TRAGEDI 8 REMAJA BERBASIKAL YANG MAUT BARU-BARU INI


Semua pihak berkepentingan perlu mencari jalan dan pendekatan berkaitan aktiviti di luar waktu sekolah yang boleh dimanfaatkan pelajar, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata ibu bapa, guru, polis, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan alumni sekolah yang bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan pendidikan perlu duduk semeja bagi membincangkan perkara itu dan cari jalan penyelesaian.

"Semua pihak yang mempunyai kepentingan dengan remaja (pelajar) perlu bermuafakat mencari apa juga pilihan atau alternatif berkaitan dengan aktiviti (yang bermanfaat untuk pelajar) di luar waktu sekolah," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan mesyuarat Majlis Kerjasama Kepimpinan Yayasan (MKKY) ke-26 di Seremban, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tragedi lapan remaja berusia 13 hingga 16 tahun yang menunggang basikal, maut selepas dirempuh sebuah kereta di Johor Bahru dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi Sabtu lepas.

"Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan siapa yang perlu bertanggungjawab (berhubung tragedi itu)... mungkin kita boleh beri kaunseling atau khidmat nasihat yang lebih baik untuk anak-anak remaja ini. Peristiwa ini telah berlaku dan ia amat menyedihkan sekali," katanya.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan hanya bertanggungjawab ke atas pelajar pada waktu sesi persekolahan sahaja, dan yang menjadi masalah adalah di luar waktu sekolah yang mungkin mereka terlibat dalam aktiviti tidak sihat dan membahayakan diri.
Mengenai program hari ini, Mahdzir berkata inisiatif itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar kurang cemerlang akademik untuk meneruskan pengajian dalam pendidikan teknik, vokasional dan latihan (TVET).

Katanya mereka boleh mengikuti kursus-kursus kemahiran jangka pendek (tiga hingga enam bulan) yang ditawarkan oleh Yayasan Negeri masing-masing dan mereka yang telah menamatkan pengajian akan mendapat sijil dan ditawarkan pekerjaan. - Bernama

Sejarah Hari Ini - 22 Februari 1992


AL FATIHAH… PERGINYA BINTANG BERNAMA SUDIRMAN

Pada hari ini dalam tahun 1992, penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad meninggal dunia awal pagi di rumah kakaknya Datin Hajah Rodziah Haji Arshad di Bangsar, Kuala Lunmpur akibat penyakit radang paru-paru.

Allahyarham dibawa pulang untuk disemadikan di kampung halaman di Temerloh, Pahang dan dikebumikan di tanah perkuburan Chengal, Kampung Tok Embun, Jalan Mentakab, Temerloh.
Sudirman Haji Arshad, anak ke 7 daripada 9 adik-beradik dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang.

Allahyarham Sudirman mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temerloh dan menyambung pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh dan Sekolah Menengah Abu Bakar Kuantan sehingga tamat Tingkatan 6.

Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya dan meraih Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1980 dan di iktiraf sebagai peguam pada tahun 1984.

Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM di peringkat akhir pada tahun 1976.

Kemuncak kepada kariernya sebagai penyanyi ialah apabila beliau berjaya memenangi anugerah Penghibur Nombor Satu Asia pada 19 Mei 1989 di Royal Albert Hall, London.

Selain menyerlah sebagai seorang penghibur, Allahyarham juga merupakan seorang usahawan, jurnalis, penulis, penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, kartunis dan pelakon.
Sumber - Arkib Negara

Sejarah Hari Ini – 21 Februari 1976


Pada hari ini dalam tahun 1976 Bandar Baru Subang Jaya telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al Haj.

HINDRAF PERTUBUHAN HARAM PELAMPAU !


Melampau, biadap dan mengancam keselamatan negara ! Pertubuhan Hindraf sekali lagi cuba menaikkan darah umat Islam terutama di Malaysia apabila membuat tuduhan melampau terhadap penceramah terkenal, Dr Zakir Naik sebagai pengganas dan gesa tindakan AS ke atas beliau. Bahkan, meminta campur tangan AS ke atas Malaysia dalam kes ini agar Dr Zakir dibawa ke AS untuk didakwa.

Sejarah Hari Ini – 20 Februari 1956


Pada hari ini dalam tahun 1956, YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan dan juga Yang Dipertua Agong UMNO mengumumkan Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dengan rasminya pada 31 Ogos 1957.